ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Thursday, December 31, 2009

Fenomena GERHANA BULAN


Mengikut berita
Fenomena GERHANA BULAN separa dijangka berlaku
Jumaat ini 1 Jan 2010
bersamaan 15 Muharam 1431H
bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Sunday, December 20, 2009

INFO : Mengeluarkan tahi telinga

~mengeluarkan tahi telinga~

infobaby

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

cotton bud

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.

“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.

“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.

“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.


p/s : jangan tersalah korek sudah laa...kihkih...

Monday, November 30, 2009

INFO : Khasiat Lobak

Khasiat Lobak

oleh: IbuKesuma - Posted by aya

NAMA VERNAKULAR: Lobak merah

NAMA SAINS : Daucus carota

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


LOBAK PUTIH.

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara-caranya mudah sahaja…

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA


SKTB mengucapkan SALAM AIDIL ADHA kepada semua.

Sunday, November 22, 2009

MAKAN MALAM DI TELUK MUROH MANJUNG, PERAK.

Selasa 17hb November 2009 - Warga SKTB telah menganjurkan makan malam bersama- sama warga sekolah di Teluk Muroh Manjung, Perak. Semua warga SKTB turut hadir bersama keluarga masing- masing. Suasana sungguh meriah dengan berlatar belakangkan deruan angin laut dan hidangan yang disediakan amat menyelerakan. Tambahan pula sebelum makan malam dimulakan hujan turun renyai- renyai. Makan malam dimulakan dengan ucapan Guru Besar SKTB dan bacaan doa dibaca oleh En. Zulkifli bin Othman. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini mengeratkan lagi silaturrahim sesama warga SKTB. Insya'Allah.

Friday, November 20, 2009

Majlis Anugerah Gemilang SKTB 2009

Semalam 19 November 2009 berlangsung Majlis Anugerah Gemilang SKTB bagi tahun 2009. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mustafa bin Ngah Mansor, Pegawai Khas YB ADUN KG. Gajah. Majlis berjalan dengan lancar dan ibu bapa serta penjaga pelajar turut serta memeriahkan lagi majlis tersebut. Keputusan UPSR diumumkan pagi semalam juga. Tahniah kepada SKTB kerana memperolehi seorang pelajar yang mendapat keputusan 5A, Adik Mastura binti Mazlan. Manakala 4A 1B diperolehi oleh Adik Mohd. Zulkhairi bin Zainal Abidin. Peratus kelulusan meningkat sebanyak 22.3% daripada tahun lepas menjadikan 66.83%. Tahniah juga kepada semua guru SKTB yang bertungkus lumus dan kepada semua sekolah Daerah Perak Tengah yang berjaya meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini.

Wednesday, November 18, 2009

KURSUS KOMPUTER ANJURAN K PERAK 2010

Baru- baru ini murid- murid SKTB diberikan pembelajaran Kursus Komputer secara percuma anjuran Kominiti Perak 2010 selama dua hari berturut- turut. Pengisian program ini membantu pelajar- pelajar mengenali dan meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Pada hari pertama kursus ini dijalankan, ibubapa turut serta menyertai kurus yang dianjurkan ini. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Komuniti Perak 2010 kerana berjaya menganjurkan kursus ini.

Sunday, November 15, 2009

Fakta Menarik yang Sangat!

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.



5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.



7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.



8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.



9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.



10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.



11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.



12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.



14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Thursday, November 5, 2009

Kem Perkhemahan Pengakap Keris Gangsa



Jawatankuasa Kokurikulum SKTB telah menganjurkan Kem Perkhemahan Pengakap Keris Gangsa. Tujuan program diadakan adalah persediaan kepada peserta- peserta pengakap untuk meneruskan kemahiran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Kem Perkhemahan ini diadakan pada 30 hingga 31 Oktober 2009 baru- baru ini. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang melibatkan diri dengan jayanya dan kepada semua guru yang turut serta membantu menyeliakan Kem Perkhemahan ini.

Thursday, October 29, 2009

INFO : Tidur Malam Lebih Baik Lampu Mati atau Tidak?


tidurSejak kecil kita dibiasakan untuk mematikan lampu sebelum tidur atau meninggalkan bilik tidur. Kebiasaan ini sangat baik kerana selain menjimatkan elektrik, ianya lebih aman dan bagus untuk kesihatan.

Mematikan lampu ketika tidur malam bermanfaat bagi tubuh kita. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap, tubuh menghasilkan Melantonin, salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari - sekecil apapun sinarnya menyebabkan produksi hormon melantonin terhenti.

Biolog Joan Roberts menemukan rahsia ini setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan diberi cahaya buatan pada malam hari, melantoninnya menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah. Rupa- rupanya, cahaya lampu - seperti juga TV, menyebabkan hormon menjadi sangat lemah. Oleh kerana itu, selain menjimatkan elektrik, dengan mematikan lampu ketika tidur merupakan cara untuk meningkatkan kesihatan tubuh.

Selain itu bagi anda yang susah bangun pagi, tinggalkan pesan bagi orang yang membangunkan anda untuk menyalakan lampu tidur ketika membangunkan anda, bagi yang biasa tidur dalam keadaan gelap, mudah sekali untuk segera terjaga apabila lampu kamar dinyalakan. (erbaru.net)*


Admin ~ *Teringat sepupu tidur berjalan tidak mengira gelap atau terang.

Thursday, October 22, 2009

Cool Pendrive

PEN DRIVES....! Will drive you crazy....!





Mahukan lagi yang pelik? sila klik disini

Strange World

Monday, October 19, 2009

Thursday, October 8, 2009

Nelayan dapat 5000 kg ikan pulut ketam dalam 2 jam


BACHOK – Penduduk di Kampung Pantai Senok dekat sini gempar apabila seorang nelayan di kawasan itu berjaya menangkap lebih 5,000 kilogram (5 tan) ikan pulut ketam dengan anggaran harga RM37,000 dalam masa tidak sampai dua jam turun ke laut.

Nelayan terbabit, Che Lah Che Muda, 41, berkata, inilah kali pertama dalam sejarah hidupnya sepanjang 10 tahun menjadi nelayan berjaya mendapatkan hasil tangkapan sebanyak itu.

“Saya memang terkejut melihat hasil tangkapan yang kami perolehi. Ia memang luar biasa. Sebelum ini hasil tangkapan yang paling banyak diperoleh lebih kurang 1,000 kilogram sahaja.

“Tetapi hari ini (sema-lam) hasilnya cukup lumayan apabila kesemua ikan yang saya peroleh itu adalah ikan pulut ketam yang anggaran berat seekor lebih kurang empat sehingga tujuh kilogram,” katanya ketika ditemui di jeti Pantai Senok, malam kelmarin.

Che Lah berkata, dia bersama tiga lagi rakannya turun ke laut dengan menggunakan dua buah bot kecil kira-kira jam 5 petang.

“Kami turunkan pukat kira-kira 500 meter dari daratan. Lebih kurang satu jam kami dah dapat ikan yang cukup banyak. Ia membuatkan kami terpaksa memanggil bot yang lebih besar untuk membantu mengangkat ikan-ikan ini,” katanya.

Menurutnya, bot besar itu dibantu oleh lapan orang awak-awak dan ia mengambil masa lebih dua jam untuk menarik ikan-ikan tersebut.

“Kami menghadapi masalah untuk mengangkat ikan-ikan ini kerana terlalu banyak. Ia juga menyebabkan dua kali mesin mengangkat ikan itu patah,” katanya menceritakan pengalaman menarik ikan-ikan itu ke dalam bot.

sinarharian

INFO : Durian Belanda halau Tikus

Jika di rumah anda ada tikus, anda boleh cuba petua ini. Cari dahan pokok durian belanda, kemudian letakkan di tempat yang tersebunyi misalnya di bawah almari. Pasti tikus akan menjauhi rumah anda.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue pula mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Jadi, sesiapa yang belum dapat anak, bolehlah cuba makan durian belanda.

Monday, October 5, 2009

FOTO : Sumatra EarthQuake

Masya' Allah, beginilah keadaan bencana yang berlaku di Sumatra.

Suasana bagaimana hendak mencari mangsa- mangsa bencana ini.

Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura menyucikan diri." Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali istrinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu. (Q.S. 8 : Al A’raaf : 80 – 84).



Allah menegaskan melalui firman-Nya bermaksud: “Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah berasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).’’ (Surah al-Rum, ayat 41).

Sunday, October 4, 2009

GURU DAN MURID GLAMOUR RAYA 2009

Rabu 30 September 2009, SKTB telah mengadakan sambutan Hari Raya bersama warga sekolah, murid- murid dan AJK PIBG. Majlis disambut dengan meriah walaupun hujan renyai- renyai. Majlis dimulakan dengan pertandingan nyanyian lagu Hari Raya dan pertandingan Guru dan Murid glamour Raya 2009. Majlis berjalan dengan lancar. Tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.

Sunday, September 27, 2009

Haiwan peramal cuaca

Ternyata banyak juga haiwan yang peka terhadap perubahan cuaca bahkan kehadiranya jadi petanda datangnya musim tertentu.

Beruang

Beruang yang hidup di tempat yang mengalami musim sejuk akan tidur panjang musim sejuk. Kalau dia terbangun dari tidur panjangnya ini pertanda kalau musim sejuk akan segera berakhir.

Lebah

kalau musim dingin akan tiba lebah akan membina sarang mereka lebih tinggi dari pada biasa. Lebah yang berterbangan jauh dari sarangnya juga memberi tanda kalau cuaca akan baik.

Ulat beruang wolly

Kalau bulu ulatberuang wolly atau wolly bearcaterpillar sudah berwarna cokelat ini pertanda musim sejuk yang hebat akan segera tiba.

Marmot tanah

Di Amerika ada hari marmot tanah atau “Groundhog Day” pada 2 Februari. Kalau marmot tanah muncul pada saat itu, ini berarti musim sejuk akan berakhir paling lama 6 minggu. Namun kalau ia tidak muncul musim sejuk masih akan berlaku lama lagi.

Burung liar dan angsa liar

Menjelang musim sejuk burung-burung yang biasa berkeliaran di Negara 4 musim biasanya akan menghilang. Kemana mereka? Untuk sementara burung-burung itu akan tinggal ke tempat yang suhunya hangat. Saat musim sejuk akan berakhir burung-burung berterbangan ini akan pulang semula.

Belalang

Di Japan kedudukan telur belalang sering jadi petanda musim sejuk. Biasanya pedagang minyak tanah peka akan hal ini, apa hubunganya ya? Kalau letak telur belalang lebih dalam daripada biasa itu tandanya musim sejuk hebat akan tiba. Ini keuntungan untuk para pedagang minyak. Kerana akan banyak orang yang akan membeli minyak tanah untuk menyalakan mesin penghangat ruangan. Tetapi kalau letak telur belalang di dalam tanah tidak begitu dalam itu tandanya musim sejuk tidak akan terlalu hebat. Sehingga jualan minyak tanah tidak akan terlalu menguntungkan.

Katak

Suara katak terdengar makin kencang itu tandanya musim hujan tiba. Suara keras itu disebabkan kerana mereka harus bernafas. Meskipun bernafas dengan paru-paru katak tidak dapat menggembungkan paru-parunya. Ia menghirup udara dengan mengembangkempiskan lehernya. Jika saat udara lembab katak sulit bernafas supaya udara tetap dihirupnya mereka harus mengeluarkan bunyi dengan keras melalui leher.

Kelempiau atau owa Kalimantan

Ia sering kali memberikan tanda kalau akan ada badai. Nelayan Thailand sering membawanya saat melaut. Tanda yang mereka berikan biasanya berupa teriakan atau gelisah saja.


Lalat

Pada saat akan turun hujan lalat-lalat akan hinggap di dinding. Namun pada saat cuaca baik lalat-lalat akan berterbangan kemana-mana.

Labah-labah

Saat cuaca buruk labah-labah sering kali menghilang, mereka akan diam di tempat yang aman dan tersembunyi. Namun saat cuaca baik labah-labah akan mulai membuat sarang lagi.

Semut

Sama seperti laba-laba semut tidak akan keluar dari sarangnya dalam tanah saat cuaca buruk, sebaliknya kalau cuaca baik mereka akan keluar dan berbaris kesana kemari untuk mencari makan.

Nyamuk

Kalau banyak nyamuk yang mengganggu dan menggigit kita di pagi hari itu pertanda akan turun hujan, lalu apabila saat matahari terbenam dan banyak nyamuk berterbangan itu pertanda cuaca baik.

Siput

Konon pada saat cuaca buruk akan tiba siput akan merayap lebih cepat.


Kelelawar

Kelawar tidak akan keluar dari sarangnya jika cuaca buruk. Namun kalau mereka berterbangan waktu senja itu pertanda cuaca baik.



Menurut para ilmuwan sebenarnya haiwan** itu tidak jaga meramal cuaca mereka cuma sangat peka terhadap perubahan cuaca. Sehingga mereka segera menyesuaikan diri dengan keadaan lingkunganya. Jadi tingkah laku haiwan tersebut hanya berlaku untuk jangka pendek saja.


Apa pun jua kajian yang dilakukan, yang pastinya Ketentuan Allah yang pasti berlaku.

Tuesday, September 15, 2009

PEPERIKSAAN SIJIL PENDIDIKAN ISLAM DAN JAWI


Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 telah selamat dijalankan pada 15 September 2009. Semua pelajar Islam diseluruh Malaysia menjalani peperiksaan tersebut.

Sunday, September 13, 2009

Apa Yang Menyebabkan Kita Bermimpi?


Mari kita mulai dengan mengatakan apa yang bukan menyebabkan kita bermimpi. Mimpi-mimpi kita tidak berasal dari "dunia lain". Mimpi-mimpi itu bukanlah pesan-pesan dari suatu sumber di luar diri kita. Mimpi-mimpi itu bukanlah penglihatan tentang masa depan, bukan pula ramalan.

Semua mimpi kita ada hubungannya dengan emosi-emosi, ketakutan-ketakutan , kerinduan-kerinduan , kebutuhan-kebutuhan dan kenangan-kenangan kita. Tetapi suatu yang ada di "luar" dapat mempengaruhi apa yang kita impikan. Jika seseorang merasa lapar, atau lelah, atau dingin, mimpi-mimpinya dapat mencakup perasaan ini. Jika selimut kamu terjatuh dari tempat tidur, mungkin kamu akan bermimpi sedang berada di dalam gumpalan es. Bahan impian yang kamu alami nanti malam kemungkinan berasal dari pengalaman-pengalam an yang akan kamu alami hari ini.

Jadi "isi" mimpi kamu berasal dari sesuatu yang mempengaruhi kamu sementara kamu sedang tidur (kamu merasa kedinginan, suara gaduh, perasaan tidak nyaman, dan sebagainya) dan mimpi itu juga dapat menggunakan pengalaman-pengalam an lampau kamu dan dorongan-dorongan dan minat-minat yang kamu miliki sekarang. Inilah sebabnya mengapa anak-anak yang masih sangat kecil mungkin bermimpi tentang tukang sihir dan peri, anak-anak yang lebih besar bermimpi tentang ujian-ujian di sekolah, orang-orang yang lapar bermimpi tentang makanan, prajurit-prajurit yang rindu kampung halaman bermimpi tentang keluarga mereka, dan para narapidana bermimpi tentang kebebasan.

Untuk menunjukkan kepada kamu bagaimana sesuatu terjadi sementara kamu tidur dan keinginan-keinginan atau kebutuhan-kebutuhan kamu semuanya dapat bergabung dalam mimpi, ini ada cerita eksperimen. Seseorang tidur dan punggung tangannya digosokkan dengan sepotong kapas pembalut. Ia bermimpi bahwa ia berada di sebuah rumah sakit dan kekasihnya menjenguknya, dan duduk di atas tempat tidur dan mengusap tangannya!

Ada orang-orang yang dijuluki ahli psikoanalisis yang telah melakukan studi khusus tentang mengapa kita bermimpi dan apa arti mimpi itu. Penafsiran mereka tentang mimpi-mimpi tidak diterima oleh semua orang, tetapi penafsiran itu menawarkan suatu pendekatan yang menarik untuk masalah itu. Mereka berpendapat bahwa mimpi-mimpi adalah ungkapan-ungkapan dari keinginan-keinginan yang tidak terpenuhi, hasrat-hasrat yang gagal. Dengan perkataan lain, mimpi adalah suatu cara untuk memenuhi keinginan kamu.

Selama tidur, menurut teori ini, kekangan-kekangan dalam diri kita juga tidur. Kita dapat mengungkapan atau merasakan apa yang sebenarnya kita inginkan. Jadi, kita melakukannya dalam mimpi dan dengan demikian memberikan jalan keluar untuk keinginan-keinginan kita, dan keinginan-keinginan itu dapat saja merupakan keinginan-keinginan yang bahkan tidak kita ketahui!

Monday, September 7, 2009

Thursday, September 3, 2009

Tingkap pecah

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”

Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”

Sunday, August 30, 2009

Merdeka! Merdeka ke 52: Datangnya Penjajah Ke tanah Melayu

Malaysia Yang dikenali sekarang adalah sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaannya pada 31hb. Ogos 1957. Pada waktu itu ianya dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau Federation Of Malaya menurut Perjanjian 1948 di antara Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan Inggeris. Sebelum perang setelah Inggeris bertapak kuat di negeri-negeri Melayu mereka telah menamakannya Malaya. Sebelum perkataan ‘Malaya’ diperkenalkan negeri-negeri Melayu ini dipanggil dengan nama Semenanjung Tanah Melayu atau Malay Peninsular.

Dalam sudut sejarah dan ilmu alam, Semenanjung Tanah Melayu adalah salah satu negeri-negeri Melayu yang terletak dalam lingkungan gugusan pulau-pulau Melayu. Ianya diperintah dan ditadbir oleh raja-raja serta pembesar-pembesar Melayu.

Penjajah Barat yang pertama datang ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Melaka ialah bangsa Portugis. Pada awalnya mereka datang dalam TM 1509 dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan di samping menjalin tali persahabatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu. Tetapi oleh kerana sikap tamak dan haloba menjadi kemegahan orang-orang barat untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya di negeri-negeri timur maka Portugis telah memerangi Melaka.

Disebabkan kekuatan politik orang-orang Melayu pada waktu itu mulai merosot, kelemahan pentadbirannya amat ketara pada mata peniaga-peniaga dari barat itu.Sebab itu Portugis mengambil kesempatan dengan menggunakan krisis dalanm negeri serta pengkhianatan dari anak-anak negeri dengan hasutan anasir-anasir luar bertambah pula yang tidak berpuashati dengan pemerintah, Portugis telah Berjaya menakluki Melaka pada TM 1511.

Sejak itu bermulalah titik hitam dalam sejarah politik bangsa Melayu bilamana penjajah barat buat pertama kali mencengkam kukunya di negeri-negeri Melayu sekitar alam Melayu ini.

Setelah lebih 150 tahun Portugis memerintah dan menjajah Melaka maka datang pula satu lagi kuasa penjajah barat iaitu Belanda yang tidak kurang rakusnya menjajah negeri-negeri timur. Dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor penjajah Belanda dapat mengalahkan Portugis di Melaka dalam TM 1641.

Kemudian setelah beratus-ratus tahun Belanda menjajah bukan sahaja di negeri Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga di seluruh kepulauan Melayu yang lain, di mana dikenali kemudiannya sebagai Indonesia, maka penjajah Inggeris datang dan berjaya mengambil Melaka dari tangan Belanda melalui perjanjian pertukaran wilayah ( seolah-olah negeri-negeri Melayu harta kepunyaan mereka ) pada TM 1824.

Sehingga Inggeris dikalahkan oleh Jepun dalam bulan Disember 1941, semakin bersilih-ganti kuasa –kuasa asing menjajah Semenanjung Tanah Melayu. Bagaimanapun, Inggeris datang semula dalam bulan Ogos 1945 setelah tentera bersekutu berjaya mengalahkan Jepun serta menamatkan Peperangan Dunia Kedua.

Sebelum penjajah barat datang ke Asia Timur ini keseluruhan alam Melayu adalah terdiri dari beberapa kerajaan yang masyhur di zamannya. Dalam abad ke 3 kegemilangan Kerajaan Sri Vijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera melangkaui hingga ke Kedah, Kelantan dan Patani. Kemudiannya tegak pula Kerajaan Majapahit dalam abad ke 12 di Jawa dengan rajanya yang mashyur Hayamwuruk dan akitek politiknya Pateh Gadjah Mada.

Di samping itu terdapat juga Kerajaan Pasai yang mengasaskan pemerintahan Islam di rantau ini dalam abad ke 13 dikuti oleh Kerajaan Melayu Melaka. Sebelum itu sudah ada Kerajaan Melayu Kedah atau Langkasuka, Kerajaan Melayu Patani dan beberapa kerajaan kecil yang tidak berpengaruh.

Selepas kejatuhan Melaka masih wujud kerajaan-kerajaan Melayu seperti Kerajaan Melayu Riau Lingga, Kerajaan Melayu Bugis, Kerajaan Bentan, Kerajaan Mataram dan beberapa lagi, namun tidaklah dapat menandingi kehebatan pemerintahan Melaka sebelumnya.

Walaupun antara 1530 – 1640 muncul kerajaan Melayu Acheh untuk mengembalikan semula kegemilangan Kerajaan Melayu di rantau ini, tetapi tidak juga dapat menebus Melaka dari tangan Portugis. Kekuatan Portugis semakin kukuh di Melaka dengan terbinanya Kota Melaka tersergam menghadapi ke pantai.

Di zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam ( 1607 – 1636 ) beberapa percubaan telah dibuat oleh Kerajaan Acheh untuk menawan Melaka. Ini membuktikan semangat bangsa Melayu tidak pernah luntur walaupun negaranya terjajah untuk menebus maruah ibu pertiwimya. Bagaimanapun Iskandar Muda dapat menawan negeri-negeri bekas takluk Kerajaan Melayu, Melaka seperti Kedah, Pahang dan Johor. Sedikit sebanyak usaha-usaha Iskandar Muda ini dapat juga melemahkan kedudukan Portugis di Melaka dan membantu kemunculan Kerajaan Melayu Johor.

Dengan kemunculan Kerajaan Melayu Johor ini menguntungkan Belanda yang sudah bertapak di Bangkahulu. Melalui kerjasama Kerajaaan Melayu Johorlah pihak Belanda dapat merampas Melaka dari tangan Portugis dalam TM 1641.

Kedatangan orang-orang barat dan juga orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu adalah berkait dengan hubungan perniagaan di samping menjalin tali persahabatan di antara satu kerajaaan dengan kerajaan yang lain.

Dalam buku Sejarah Melayu ada menyebut bagaimana eratnya hubungan Kerajaan Melayu dengan Maharaja Cina. Sejak zaman Parameswara lagi utusan Cina yang diketuai oleh Laksemana Cheng Ho, seorang yang beragama Islam, telah datang ke Melaka dalam TM 1403. Raja Melaka sendiri telah berkunjung ke Negara Cina dalam TM 1414 dalam rangka merapatkan hubungan muhibbah antara kedua kerajaan.

Di zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah pula Maharaja Cina telah mengirimkan seorang puterinya yang bernama Hang Li Po untuk diperisterikan oleh Raja Melaka. Pengiring-pengiring dari utusan Maharaja Cina inilah dikatakan asal usul keturunan Baba di Melaka sekarang ini. Mereka ditempatkan di sebuah bukit di Bandar Melaka yang dikenali sekarang sebagai Bukit Cina.

Bila penjajah Inggeris berjaya mencengkamkan kukunya di negeri-negeri Melayu, bermulalah satu era baru. Inggeris mula membuka negeri ini kepada perusahaan melombong bijih timah dan penanaman pokok getah. Benih-benih getah yang dibawa dari Brazil telah diperkenalkan dengan ditanam secara percubaan di Singapura dan di satu kawasan kediaman kepunyaan Sir Hugh Low di Kuala Kangsar.

Kerana orang-orang Melayu pada peringkat awalnya membuat tentangan hebat ke atas usaha-usaha penjajah Inggeris maka orang-orang Inggeris merasakan kedudukan mereka tidak begitu terjamin, malah keamanan mereka sentiasa terancam. Maka Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London telah mula memikirkan sesuatu langkah perlu diambil supaya mereka boleh kekal menjajah disamping berupaya mengaut kekayaan sebanyak-banyaknya.

Pada awalnya Semenanjung Tanah Melayu adalah di bawah tadbir East India Company sebelum diambil alih oleh Kerajaan Inggeris. Orang-orang Melayu membuat penentangan bukan saja dari segi lahiriah tetapi juga secara psikologi. Saya masih ingat agi orang-orang tua Melayu menggunakan perkataan ‘anjing kompeni’ kepada sesiapa saja orang-orang Melayu yang memasuki anggota polis. Maksudnya, sesiapa juga yang berkerja dengan orang-orang Inggeris dan Kompeni Inggeris pada waktu itu terutamanya sebagai anggota polis, maka akan dicap dengan gelaran ‘ anjing kompeni’. Begitu juga jalanraya-jalanraya yang dibina oleh Inggeris dipanggil dengan nama ‘jalan kompeni’.

Sambungan disini.

Thursday, August 27, 2009

LAWAK PETANG : Motor tak boleh tumpang

Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang- bengkok. Tiba dipertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan'

' Boleh, naik di belakang' jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.

Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok batin.

'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni'

'Apa salahnye, naiklah di belakang'

Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anakbuahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan.

Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut.

Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin,polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

'Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati.' Marah Tok Batin.

'Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi'

'Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi lerr... '

Monday, August 17, 2009

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009

17hb Ogos - Pelancaran bulan kemerdekaan telah dilancarkan semasa perhimpuan pagi pada hari ini. Sepanjang bulan kemerdekaan ini, banyak aktiviti yang akan dijalankan. Insya'Allah. Tidak lupa juga dengan aktiviti Ihya' Ramadhan.


Thursday, August 13, 2009

Semalam kita gembira, Hari ini kita sedih.

Semalam kita gembira dengan kemenangan bagi Qariah Peringkat Antarabangsa. Tahniah kepada Cik Syarifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Bediuzzaman kerana mengharumkan nama Malaysia. Tahniah juga kepada Johan Qari dari Negara Iran dan kepada semua pemenang.






Hari ini kita sedih kerana pemergian seseorang yang amat kita kagumi suaranya yang begitu lunak ketika menyampaikan lagu- lagu dakwah.



AL -FATIHAH

buat arwah UST. ASRI IBRAHIM kumpulan Rabbani kerana serangan jantung.






Setiap yang datang pasti kembali kepadaNYA.

Wednesday, August 12, 2009

FAEDAH MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia
:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Monday, August 10, 2009

Meniru, Semua Orang Boleh!


Suatu hari semasa jamuan menyambut kedatangan Christopher Columbus setelah menemukan Benua Amerika, Cardinal Mendoza dari Spanyol mengambil telur dari meja dan membuat sebuah pembentangan pada para pejabat kerajaan.

"Barang siapa yang boleh mendirikan telur ini di atas meja tanpa bantuan apa-apa akan mendapat hadiah."

Pejabat istana mencuba mencari cara mendirikannya. Tiada siapa yang boleh, bentuk telur yang bulat susah untuk didirikan di atas meja tanpa alat bantu.

Tiba- tiba Christopher Columbus menekan telur sampai agak retak bahagian bawahnya, dan bahagian itulah yang membuat telur dapat berdiri di atas meja.

Para pejabat istana yang melihat memperlekehkannya, mereka mengatakan bahawa dengan cara begitu semua orang boleh buat. Cardinal Mendoza tersenyum, lantas berkata,

"Kamu mengatakan seperti itu kerana sudah melihat prosesnya. Tapi tahukah kamu bahawa proses itu tidak mudah? Kenapa bukan kamu yang pertama kali melakukan cara ini? Meniru setelah melihat memang mudah, tapi proses memikirkan telur berdiri sampai boleh melakukannya itu yang sulit."


Diambil dari buku klasik, "History of The New World", karya Girolamo Benzoni, 1565.


* * * * *

Confusius, seorang Filsuf Cina pernah berkata, ada 3 cara menjalani kehidupan,

Pertama dengan jalan meniru, itu adalah jalan yang paling mudah
Kedua lewat pengalaman, itu adalah jalan yang paling menyakitkan
Ketiga dengan cara merenung dan berpikir, dan itu adalah jalan yang paling mulia

Orang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapan, tetapi hebat dalam tindakan.

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm

Tuesday, July 28, 2009

10 jenis haiwan pelik 2009

Makhluk hidup di dunia macam- macam jenis. Tuhan dengan sangat sempurna menciptakan semua makhluk hidup dengan keunikan masing-masing. Di antara yang keunikan tersebut, terdapat beberapa makhluk yang benar-benar unik. Berikut adalah yang terpilih dalam sepuluh haiwan paling unik di dunia 2009 versi situs MSNBC:

1. Haiwan Gabungan Burung, Reptil, dan Mamalia

Mungkin Anda sudah mengenali haiwan unik yang satu ini. Haiwan bernama platypus ini memiliki beberapa keunikan seperti memiliki moncong bebek, kaki berselaput, dan bertelur seperti reptil. Satu keanehan yang mungkin belum banyak orang tahu adalah platypus jantan dapat menyalurkan racun dari sejumlah bahagian di hujung kakinya.


2. Mata Cumi-Cumi Sebesar Piring Makan

Sejumlah ilmuwan memancing seekor cumi-cumi raksasa (colossal squid) di perairan Selandia Baru pada tahun 2008. Mereka menemukan fakta bahwa mata haiwan laut tersebut berukuran sebesar piring makan. Ini menjadikan mata cumi-cumi raksasa sebagai mata haiwan terbesar di dunia. Colossal squids dapat tumbuh hingga sebesar 46 kaki dan mempunyai tentakel yang dilengkapi dengan pengisap dan pengait. Para ilmuwan meyakini hewan agresif ini mampu menyelam hingga kedalaman 6.500 kaki.

3. Primata Berjari Tengah Ekstra Panjang

Haiwan bernama aye-aye ini memiliki ciri mata besar, telinga mirip kelelawar, dan berjari tengah ekstra panjang. Jari tengah ini digunakan primata tersebut untuk mencungkil makanan dari celah-celah pohon. Sejumlah ilmuwan asal Duke University di Amerika Syarikat mengatakan aye-aye dapat dijadikan petunjuk untuk menguak misteri evolusi visi warna pada makhluk hidup.

4. Tikus Tanah Bermuncung Bintang

Tikus tanah bermuncung bintang? Dari namanya saja sudah menunjukkan keunikan dari haiwan tersebut. Dengan 22 tentakel mini di muncung bintangnya, tikus tanah ini mampu mendeteksi dan mencerna makanan lebih cepat dari kerdipan mata manusia. Ya, sangat cepat. Hanya sedetik. Haiwan menakjubkan ini tinggal di rawa-rawa dan daerah basah lain di sekitar wilayah pantai timur Amerika Utara.

5. Hewan Evolusioner Dunia

Selain dapat tidur dalam tanah bertahun-tahun tanpa air dan makanan, katak bawah tanah asal Meksiko ini memiliki keunikan lain. Program konservasi global bernama EDGE of Existence mengklasifikasikan haiwan ini sebagai haiwan evolusioner dunia. Pasalnya, haiwan ini hampir tidak memiliki hubungan kemiripan genetik dengan makhluk hidup apa pun di dunia.

6. Kepiting "Yeti"

Anda tahu haiwan bernama yeti? Haiwan raksasa legenda masyarakat Nepal dan Tibet ini disebut-sebut menghuni salah satu wilayah pergunungan tertinggi di dunia, Himalaya. Diambil dari nama yang sama, haiwan yang diberi nama resmi Kiwa hirsute pada 2005 ini memiliki bulu halus berwarna kuning di kedua kepitan tangannya. Ilmuwan menduga kepitan tersebut digunakan untuk mencari makanan dan mencari pasangan.

7. Paus "Unicorn"

Dari puluhan spesies paus di dunia, terdapat satu jenis paus berkarektoristik unik bernama paus unicorn. Paus ini memiliki gigi yang panjang seperti tanduk unicorn, haiwan misteri dunia khayalan. Haiwan berbobot sekitar 2.200 hingga 3.500 pon ini memiliki tanduk sepanjang lapan kaki yang memanjang dari sisi kiri rahang bahagian atas. Sebelum ini, sejumlah ilmuwan mengetahui tanduk tersebut dilengkapi sejumlah sel saraf super sensitif yang diduga kuat berfungsi mengetahui kadar garam dalam air dan untuk mencari makan.

8. Kelelawar Berkaki Pengisap

Ilmuwan telah menemukan spesies kelelawar baru bernama Myzopoda schliemanni di Kepulauan Madagaskar, pada tahun 2007. Haiwan berkaki pengisap yang mampu bergayut pada pohon berdaun lebar seperti pohon palem ini berkerabat dekat dengan Myzopoda aurita yang hidup di daerah lembab. Ilmuwan terkejut dengan kemampuan haiwan ini kerana ia mampu hidup di daerah kering seperti benua Afrika. Padahal, wilayah hutan perawan di benua tersebut hanya tersisa lapan persen.

9. Mickey Mouse padang pasir

Sejumlah ahli biologi mengeluarkan rekaman video seekor haiwan pengerat unik bernama long-eared jerboa pada 2007. Haiwan yang kerap disebut Mickey Mouse padang pasir ini memiliki telinga yang lebih besar dari kepalanya dan kaki yang mampu melompat seperti kangaro. The International Union for Conservation of Nature kini menetapkan status terancam punah pada haiwan ini. Salah ancaman nyata atas long-eared jerboa adalah kucing lokal.

10. Sincan?

Crayon Sincan? Nohara Shinnosuke? Anda mungkin mengira nama tersebut adalah nama salah satu tokoh kartun Jepang yang cukup terkenal. Namun sincan di sini adalah singkatan dari singa-macam atau disebut juga lion-tiger (ligers). Selama beberapa dekad, para ilmuwan biologi kerap melakukan sejumlah perkimpoian silang antara binatang seperti sincan. Pada 2004, haiwan tersebut ikut tampil menemani aktor Jon Heder dalam film berjudul Napoleon Dynamite. Selain sincan, terdapat beberapa haiwan persilangan lain seperti persilangan paus pembunuh-lumba- lumba dan beruang grizzly-beruang kutub.(ANS)
*Sumber: Liputan6.com
__._,_.___

SAHABAT