ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Saturday, January 31, 2009

Cuti Umum 03 Februari 2009


IPOH 29 Jan. — Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Selasa depan sebagai cuti umum (3 FEBRUARI 2009) sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata cuti ini juga bagi membolehkan rakyat Perak dan seluruh negara merayakan serta meraikan sambutan hari bersejarah yang menandakan genapnya 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah.

“Rakyat boleh menggunakan peluang ini untuk menyaksikan penganugerahan Darjah Dato’ Seri Azlanii (DSA) yang dikeluarkan kepada 25 individu yang telah banyak berjasa dan memberikan khidmat setia kepada baginda,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sunday, January 25, 2009

AKSI- AKSI PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW 2009

AKSI- AKSI PERTANDINGAN

Keputusan Penuh Pertandingan Sepak Takraw Zon PKG KG. Gajah 2009

Assalamualaikum....memohon maaf kerana terlewat memaklumkan keputusan penuh Pertandingan Sepak Takraw Zon PKG. KG. Gajah 2009.

JOHAN :- SK SERI CHANGKAT (TEAM B)

N. JOHAN :- SK DATO' SAGOR (TEAM A)

KETIGA :- SK RAJA CHULAN (TEAM A)

KEEMPAT :- SK SUNGAI GALAH (TEAM B)

Tahniah kepada semua pemenang.

*Peringkat Daerah akan berlangsung pada 31hb Januari ini di SK Layang- Layang Kiri.

Friday, January 16, 2009

Sikap yang patut dicontohi semua


Ini lah sikap rajin dan usaha yang ditonjolkan oleh Guru Besar SKTB. Sikap ini patut dicontohi oleh semua guru. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Persiapan padang untuk perlawanan Sepak Takraw Zon PKG KG. Gajah 2009


Segala persiapan padang sedang giat dijalankan oleh pekerja sekolah.
Ucapan terima kasih kepada semua warga sekolah dan semua guru- guru Zon PKG KG. Gajah diatas kerjasama yang diberikan.

Jadual Pertandingan Sepak Takraw Zon PKG KG. Gajah 2009

Pertandingan Sepak Takraw Zon PKG Kg. Gajah dijadualkan seperti berikut:-

Tarikh :- 17hb Januari 2009

Masa :- 8.00 pg - 5.00 ptg

Tempat :- SK Tanjong Bidara

*9 buah sekolah yang terlibat dalam pertandingan ini.

Tuesday, January 6, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN SEPAK TAKRAW ZON PKG KG.GAJAH 2009

Dimaklumkan semua sekolah Zon PKG KG.Gajah menghantar guru Penyelaras Pasukan Sepak Takraw Sekolah, PK/GK Koku atau wakil untuk menghadiri mesyuarat ini.

Tajuk :- Mesyuarat Penyelarasan Sepak Takraw Zon PKG KG.Gajah 2009

Tarikh :- 8hb Januari (Khamis)

Jam :- 3.00 ptg

Tempat :- Bilik Mesyuarat SKTB


*kehadiran adalah wajib

Monday, January 5, 2009

2009....Segala- gala nya baru...

Jam 7.20 pagi murid telah mula memenuhi ruang sekolah. Berbagai cara dan aneka ragam murid- murid bila sekolah bermula semula. Ibubapa pun turut serta memeriahkan lagi suasana persekolah pada tahun 2009 ini. Mari kita tengok gelegat dan gaya murid- murid bila memasuki ruang sekolah.Murid- Murid datang ke sekolah

Perhimpunan yang pertama pada tahun 2009 pada hari Isnin 5hb Januari 2009. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Mohd. Zulkhairi bin Zainal Abidin. Kemudian nyanyian lagu negaraku, negeri perak dan lagu sekolah. Sudah hampir 2 bulan lagu- lagu perhimpunan tidak berkumandang. Disusuli ucapan guru yg bertugas pada minggu Pn. Rasimah Binti Sha'ari. Seterusnya ucapan Tn. Guru Besar SKTB.

Bacaan Doa oleh adik Mohd. Zulkhairi

Nyanyian Lagu Kebangsaan, Negeri dan Sekolah



Ucapan Guru Bertugas Mingguan (Pn. Rasimah)
Ucapan Tn. Guru Besar


Sesi persekolah telah bermula pada hari pertama persekolahan. Murid- Murid telah mula belajar didalam kelas seperti biasa.

Cikgu Ili di dalam kelas tahun 1

Murid- murid Tahun 5

Sunday, January 4, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Salam sejahtera buat anda. Sesi 2008 telah pun melabuhkan tirainya. Sesi 2009 muncul sebagai permulaan buat murid-murid dan guru- guru meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kepada semua guru- guru yang baru posting hendaklah bersedia menghadapi kemungkinan yang akan berlaku pada tahun 2009 ini. Kepada guru- guru yang lain, bersedialah dengan perancangan serta takwim 2009. Harap- harapTahun 2009 ini menjawab segala persoalan dan merubah arena pendidikan masa kini. SKTB mengucapkan selamat tahun baru dan selamat kembali bertugas kepada semua guru- guru di seluruh di negeri.

SAHABAT