ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Monday, February 16, 2009

Kejohanan Olahraga Peringkat Kelompok PKG KG. Gajah 2009

Pertandingan selamat di jalankan pada 10 Februari yang lalu. Pertandingan ini berlansung di SK Sungai Galah, Tanjung Tualang bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. 11 buah sekolah di Kelompok PKG KG. Gajah menyertai pertandingan tersebut.

SK Dato' Sagor telah mengungguli keseluruhan pertandingan. Olahragawan dari SK Balun Bidai, manakala olahragawati dari SK Dato' Sagor.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan PPD (Pengurusan Pembangunan Manusia) En. Ahmad Zakuan b. Mohd Razi. Terima kasih daun keladi diucapkan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang kalah, cuba lagi di tahun hadapan.

untuk melihat gambar seterusnya klik : http://galery-sktb8230.blogspot.com/

Saturday, February 14, 2009

sktb

Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

SEMINAR PROSIONALISME PERGURUAN PERINGKAT KELOMPOK PKG KG. GAJAH/ 2009

Seminar Perguruan telah di adakan pada 31hb Januari yang lalu di Dewan Pejabat Daerah Kampong Gajah, Perak. Seminar bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Seminar telah di mulakan dengan ucapan utama dari Pengerusi PKG Kg Gajah dan kemudiannya disusuli oleh ceramah dari Tuan Hj. Ahmad Damanhuri bin Hj Nordin (Timbalan PPD Pengurusan Akademik).


Ceramah kedua berlangsung selepas rehat dan minum pagi dan sebelum ceramah tersebut disampaikan oleh En. Abd. Majid bin Yusof (AMN, AMP) yang juga Ketua Sektor, Pengurusan Sekolah, JPN Perak.


Ucapan utama telah disampaikan oleh Pengarah PPD Perak Tengah, Tuan Hj Mokhtar b. Mat Dris (AMN).

Imbasan sekitar seminar berlangsung




MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 30/ 2009

Mesyuarat Agong PIBG SK Tanjong Bidara telah diadakan pada 30hb Januari yang lalu. Mesyuarat di hadiri 30 orang sahaja. Mesyuarat ini adalah kali pertama bagi Guru Besar SKTB sejak beliau ditempatkan di sini. Mesyuarat ini juga telah di rasmikan oleh En. Saidon bin Baharu, Penghulu Mukim Pulau Tiga. YDP PIBG SKTB pada tahun ini masih kekal di pengerusikan oleh En. Zara'ai Bin Naemat buat tahun yang ke 17.

Sekilas Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke- 30/ 2009

MEMOHON MAAF

Assalamaualaikum kepada semua. Di sini kami ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak memaklumkan aktiviti sekolah. Ini kerana ada kesulitan yang tidak dapat di elakkan.
Sekian, terima kasih. Harap maklum.

SAHABAT