ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Wednesday, March 23, 2011

Keputusan MTQ Peringkat PKG KG. Gajah 2011


23hb Mac 2011
Majlis Tadarus Al Quran Peringkat PKG Kampung Gajah 2011 telah diadakan di SK Pasir Panjang Ulu. Majlis berjalan dengan lancar. Keseluruhan penyertaan seramai 40 orang dari 10 buah sekolah yang terlibat sekitar PKG Kampong Gajah, Perak.


Keputusan Jemaah Hakim :


Tilawah Al Quran (Lelaki)

  • Johan : SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Lambor Kiri
  • Ketiga : SK Sungai Galah
Tilawah Al Quran (Perempuan)
  • Johan :  SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Balun Bidai
  • Ketiga : SK Lambor Kiri
Hafazan (Lelaki)
  • Johan :  SK Pasir Panjang Ulu
  • Naib Johan : SK Dato' Sagor
  • Ketiga : SK Sungai Galah
Hafazan (Perempuan)
  • Johan :  SK Toh Paduka Raja
  • Naib Johan : SK Sungai Galah
  • Ketiga : SK Dato' Sagor
Bercerita (Lelaki)
  • Johan :  SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Balun Bidai
  • Ketiga : SK Sri Changkat
Bercerita (Perempuan)
  • Johan :  SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Balun Bidai
  • Ketiga : SK Sungai Galah

Keputusan keseluruhan : SK Dato' Sagor.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

INFO : Pelajar Cina dapat A+ dalam Tasawwur Islam

KUALA TERENGGANU, 23 Mac — Seorang pelajar Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan hari ini.
Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.
“Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam,” kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.
Katanya beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.
Wong, dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam.
“Dalam buku teks semua ada tentang tasawwur dan kita kena rajin mentalaah. Begitu juga mata pelajaran lain, saya tekun mempelajarinya.
“Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan,” kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.
Seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Nur Zulaikha Ismail, berkata beliau berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik pada peperiksaan itu.
“Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan.
“Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir ia boleh mengubah iklim kehidupan keluarga,” kata anak kelima daripada 10 beradik.
Anak pekerja kilang papan itu memperoleh 11A+ iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi.
Ayahnya Ismail Othman, 50, ketika ditemui, melahirkan rasa syukur dan melahirkan penghargaan kepada semua guru yang mengajar anaknya. — Bernama



Wong Yujing menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM 2010 yang diterimanya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring hari ini. — Foto Bernama





Mutiara Kata : Jika ada kemahuan, disitu ada jalan. Dimana ada jalan, disitu ada kejayaan.

Friday, March 11, 2011

Berita Tsunami di Jepun.

Jepun digegar gempa kuat, amaran tsunami dikeluarkan
11/03/2011 3:16pm

WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. - REUTERS
Penduduk Labuan dan Sabah dinasihat tidak ke pantai
11/03/2011 4:29pm

KUALA LUMPUR 11 Mac – Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.
Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.
Katanya, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini. – Bernama
tsumani.map.jpg



"YA ALLAH, SELAMATKANLAH SELURUH UMAT ISLAM DAN BUMI MU YANG INDAH INI, JAUHKANLAH MALAPETAKA DAN BENCANA YANG AKAN MEROSAKKANNYA..."

Wednesday, March 9, 2011

Selamat Datang Orang Jerantut, Pahang.


SKTB mengalu- alukan kehadiran guru j-QAF Ustaz Ahmad Saiful Nizam bin Muhamad Suhaimi yang melaporkan diri pada 14 Februari yang lalu.
Ustaz Ahmad Saiful Nizam berasal dari Jerantut, Pahang. Opsyen Bahasa Arab.




Mutiara :
"Setiap yang baru itu menjadi 1 cabaran untuk melenturnya menjadi emas permata..." 

SAHABAT