ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Thursday, February 25, 2010

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke - 25



25 Februari 2010
- SKTB telah selamat menjalankan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke- 25 bagi tahun 2010. Majlis Pembukaan telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTB En. Kushariry bin Mohd. Rafie. Acara balapan dimulakan seterusnya acara berkumpulan.





Tahniah kepada
Adik Meor Nur Hafiz bin Meor Aziz yang dicalonkan sebagai Olahragawan Temasya Sukan Tahunan SKTB Kali Ke- 25, manakala Adik Nursyuhadah Assyikin binti Zahuri sebagai olahragawati.



Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd. Nor bin Hj. Zakariah, Timbalan Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang. Kami warga SKTB mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu atau berkumpulan kerana sudi menyumbangkan derma bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan SKTB Kali Ke - 25 ini. Semoga Allah yang membalas jasa kalian. Terima kasih.

Friday, February 19, 2010

Acara Merentas Desa dan Lompat Tinggi

19 Februari 2010 - Acara merentas desa telah selamat dijalankan pada jam 8.30 pagi. Acara ini adalah sebahagian dari acara sukan tahunan SK Tanjong Bidara. Peserta lelaki acara merentas desa akan melalui 7 chek point yang telah ditetapkan, manakala peserta perempuan akan melalui 6 chek point. Peserta akan melalui kawasan kampung Tanjong Bidara dan jalanraya. Semua guru terlibat dalam menjayakan acara merentas desa ini.



Selepas acara merentas desa diadakan, acara balapan iaitu acara Lompat Tinggi. Semua peserta dari kumpulan Prasekolah, A, B dan c turut terlibat. Temasya Sukan Tahunan SK Tanjong Bidara akan diadakan pada 25 Februari 2010.

Tuesday, February 2, 2010

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke- 31 /2010

02 Februari 2010 - Pihak SKTB dan PIBG telah menganjurkan Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke -31 bagi tahun 2010. Majlis berjalan dengan lancar. Kehadiran ibubapa dan penjaga murid- murid SKTB pada tahun ini amat memberangsangkan. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah, Tn. Haji Mokhtar bin Mat Dris. Jutaan terima kasih kepada Tn. Pegawai diatas kesudian merasmikan majlis tersebut. Mesyuarat diteruskan sehingga jam 5.30 petang.

SAHABAT