ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Monday, March 30, 2009

TAHNIAH KEPADA ADIK MASTURA BINTI MAZLAN

Tahniah kepada Adik Mastura Bt. Mazlan kerana memenangi tempat pertama dalam pertandingan Tulisan Jawi sempena Mahrajan Kesenian Islam Kelompok PKG KG. Gajah yang telah diadakan pada 24 Mac 2009 yang lalu di SK Balun Bidai. Adik Mastura akan mewakili PKG KG. Gajah untuk menyertai peringkat Daerah yang akan dijalankan pada 30 Mac 2009 ini. Tahniah sekali lagi.

MAHRAJAN KESENIAN ISLAM KELOMPOK PKG KG.GAJAH 2009

Mahrajan Kesenian Islam Kelompok PKG KG. Gajah telah dijalankan pada 24 Mac 2009 yang lalu di SK Balun Bidai. 10 buah sekolah Kelompok PKG KG. Gajah telah menyertai pertandingan tersebut. Keputusan pertandingan tersebut ialah :

Tulisan Jawi Lelaki
Johan :- SK Raja Chulan
N. Johan :- SK SG. Galah
Ketoga :- SK Pasir Panjang Ulu

Tulisan Jawi Perempuan
Johan :- SK Tanjong Bidara
N. Johan :- SK Pulau Juar
Ketiga :- SK Dato' Sagor

Berzanji Lelaki
Johan :- SK Toh Paduka Raja
N. Johan :- SK SG. Galah
Ketiga :- SK Pulau Juar

Berzanji Perempuan
Johan :- SK Dato' Sagor
N. Johan :- SK Balun Bidai
Ketiga :- SK Raja Chulan

Kompang Selawat
Johan :- SK Toh Paduka Raja (56.3%)\
N. Johan :- SK Lambor Kiri (50.5%)
Ketiga :- SK Balun Bidai

Nasyid
Johan :- SK Raja Chulan (70%)
N. Johan :- SK Pasir Panjang Ulu (62%)
Ketiga :- SK Dato' Sagor (53%)


*Keputusan hakim adalah muktamad.
Tahniah kepada semua pemenang, kepada yang kalah tahun depan cuba lagi. Insya'Allah...


Untuk melihat suasana MKI Kelompok PKG KG. Gajah sila klik GALERY SKTB

TAKLIMAT PENGANDALIAN MAKANAN 2009


Pada 16 Mac 2009 yang lalu, Jabatan Kesihatan Seri Iskandar telah mengajurkan Taklimat Pengandalian Makanan kepada semua pengusaha kantin dan asrama sekolah- sekolah Daerah Perak Tengah di Pusat Latihan Kemas Seri Iskandar. Kesemua pengusaha kantin dan seorang guru dari sekolah- sekolah jemputan turut hadir mendengar taklimat tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai- pegawai Kesihatan di Jabatan Kesihatan Seri Iskandar. Taklimat bermula pada 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Banyak tips- tips penjagaan kantin dan makanan yang baik untuk kegunaan harian kita. Diharap pihak Jabatan Kesihatan dapat menganjurkan lagi taklimat ini lagi supaya semua murid- murid dan kakitangan sekolah dapat maklumat cara menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada pihak Jabatan Kesihatan Seri Iskandar kerana sudi menganjurkan program kesihatan ini.

Gambar seterusnya sila klik GALERY SKTB

TEKNIK MENJAWAB SOALAN- SOALAN UPSR

Teknik menjawab soalan UPSR telah berlangsung pada 5 - 7 Mac 2009 yang lalu di SK Changkat Lada 2. SK Tanjong Bidara telah bergabung dengan SK Changkat Lada 2 dalam program tersebut. Program telah berjalan selama 3 hari.

Khamis :- Subjek Sains

Jumaat :- Subjek Bahasa Inggeris

Sabtu :- Subjek Matematik dan Bahasa Melayu


Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu SK Changkat Lada 2 yang sudi menjemput SK Tanjong Bidara menyertai program ini.
Untuk tatapan gambar seterusnya sila klik GALERI SKTB

Sunday, March 29, 2009

SUKAN TAHUNAN SKTB 2009

Sukan Tahunan SKTB telah pun berlangsung pada 25 Februari yang lalu. Alhamdulillah, sukan pada tahun ini dapat dijalankan dalam cuaca yang baik. Segala aktiviti dan acara dapat disempurnakan. Majlis Penutup Sukan Tahunan dirasmikan oleh En. Za'ari Bin Naemat (YPD PIBG SKTB). Tahniah kepada semua rumah sukan yang telah berjaya. Insya'Allah, tahun hadapan kita berjumpa lagi.


Untuk gambar sepenuhnya klik GALERY SKTB

Monday, March 23, 2009

PENYAMPAIAN HADIAH SAMBUTAN HARI JADI WARGA SKTB JANUARI & FEBRUARI 2009

Penyampaian hadiah untuk warga SKTB yang menyambut kelahiran pada bulan Januari dan Februari. Penyampaian hadiah dan kek disampaikan oleh Guru Besar SKTB, En. Kushariry Bin Rafie. Selamat menyambut hari kelahiran kepada warga SKTB. Semoga Allah memanjangkan usia dan sihat tubuh badan untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah serta melakukan ibadahNYA. Insya'Allah. Amin...

Sunday, March 22, 2009

MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR 2009

Motivasi Kecemerlangan Pelajar telah berlangsung pada 21 Februari 2009 di Pusat Latihan Felcra Changkat Lada. Motivasi ini dikelola oleh SK Changkat Lada 2. Semua pelajar Tahun 4, 5 dan 6 terlibat di dalam Program tersebut. Antara sekolah- sekolah yang terlibat ialah SK Changkat Lada 2, SK Sungai Galah, SK Seberang Perak, SK Tanjong Bidara dan SK Seri Chempaka. Program ini berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Sesi motivasi ini disambung pada sebelah malam bermula 8.00 malam sehingga 10.30 malam. Penceramah sesi 8.00 pagi sehingga 4.30 petang disampaikan oleh En. Fikri bin Shukri. Manakala sesi malam disampaikan oleh En. Gulam Muzammil. Terima kasih diucapkan kepada SK Changkat Lada 2 kerana sudi bergabung untuk program Motivasi ini.

Gambar sekitar Motivasi ini berlangsung klik sini http://galery-sktb8230.blogspot.com/

SAHABAT