ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Monday, March 30, 2009

TAKLIMAT PENGANDALIAN MAKANAN 2009


Pada 16 Mac 2009 yang lalu, Jabatan Kesihatan Seri Iskandar telah mengajurkan Taklimat Pengandalian Makanan kepada semua pengusaha kantin dan asrama sekolah- sekolah Daerah Perak Tengah di Pusat Latihan Kemas Seri Iskandar. Kesemua pengusaha kantin dan seorang guru dari sekolah- sekolah jemputan turut hadir mendengar taklimat tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai- pegawai Kesihatan di Jabatan Kesihatan Seri Iskandar. Taklimat bermula pada 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Banyak tips- tips penjagaan kantin dan makanan yang baik untuk kegunaan harian kita. Diharap pihak Jabatan Kesihatan dapat menganjurkan lagi taklimat ini lagi supaya semua murid- murid dan kakitangan sekolah dapat maklumat cara menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada pihak Jabatan Kesihatan Seri Iskandar kerana sudi menganjurkan program kesihatan ini.

Gambar seterusnya sila klik GALERY SKTB

No comments:

SAHABAT