ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Monday, November 30, 2009

INFO : Khasiat Lobak

Khasiat Lobak

oleh: IbuKesuma - Posted by aya

NAMA VERNAKULAR: Lobak merah

NAMA SAINS : Daucus carota

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


LOBAK PUTIH.

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara-caranya mudah sahaja…

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA


SKTB mengucapkan SALAM AIDIL ADHA kepada semua.

Sunday, November 22, 2009

MAKAN MALAM DI TELUK MUROH MANJUNG, PERAK.

Selasa 17hb November 2009 - Warga SKTB telah menganjurkan makan malam bersama- sama warga sekolah di Teluk Muroh Manjung, Perak. Semua warga SKTB turut hadir bersama keluarga masing- masing. Suasana sungguh meriah dengan berlatar belakangkan deruan angin laut dan hidangan yang disediakan amat menyelerakan. Tambahan pula sebelum makan malam dimulakan hujan turun renyai- renyai. Makan malam dimulakan dengan ucapan Guru Besar SKTB dan bacaan doa dibaca oleh En. Zulkifli bin Othman. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini mengeratkan lagi silaturrahim sesama warga SKTB. Insya'Allah.

Friday, November 20, 2009

Majlis Anugerah Gemilang SKTB 2009

Semalam 19 November 2009 berlangsung Majlis Anugerah Gemilang SKTB bagi tahun 2009. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mustafa bin Ngah Mansor, Pegawai Khas YB ADUN KG. Gajah. Majlis berjalan dengan lancar dan ibu bapa serta penjaga pelajar turut serta memeriahkan lagi majlis tersebut. Keputusan UPSR diumumkan pagi semalam juga. Tahniah kepada SKTB kerana memperolehi seorang pelajar yang mendapat keputusan 5A, Adik Mastura binti Mazlan. Manakala 4A 1B diperolehi oleh Adik Mohd. Zulkhairi bin Zainal Abidin. Peratus kelulusan meningkat sebanyak 22.3% daripada tahun lepas menjadikan 66.83%. Tahniah juga kepada semua guru SKTB yang bertungkus lumus dan kepada semua sekolah Daerah Perak Tengah yang berjaya meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini.

Wednesday, November 18, 2009

KURSUS KOMPUTER ANJURAN K PERAK 2010

Baru- baru ini murid- murid SKTB diberikan pembelajaran Kursus Komputer secara percuma anjuran Kominiti Perak 2010 selama dua hari berturut- turut. Pengisian program ini membantu pelajar- pelajar mengenali dan meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Pada hari pertama kursus ini dijalankan, ibubapa turut serta menyertai kurus yang dianjurkan ini. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Komuniti Perak 2010 kerana berjaya menganjurkan kursus ini.

Sunday, November 15, 2009

Fakta Menarik yang Sangat!

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.



2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.



3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan



4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.



5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.



7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.



8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.



9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.



10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.



11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.



12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.



14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Thursday, November 5, 2009

Kem Perkhemahan Pengakap Keris Gangsa



Jawatankuasa Kokurikulum SKTB telah menganjurkan Kem Perkhemahan Pengakap Keris Gangsa. Tujuan program diadakan adalah persediaan kepada peserta- peserta pengakap untuk meneruskan kemahiran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Kem Perkhemahan ini diadakan pada 30 hingga 31 Oktober 2009 baru- baru ini. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang melibatkan diri dengan jayanya dan kepada semua guru yang turut serta membantu menyeliakan Kem Perkhemahan ini.

SAHABAT