ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Sunday, August 30, 2009

Merdeka! Merdeka ke 52: Datangnya Penjajah Ke tanah Melayu

Malaysia Yang dikenali sekarang adalah sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaannya pada 31hb. Ogos 1957. Pada waktu itu ianya dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau Federation Of Malaya menurut Perjanjian 1948 di antara Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan Inggeris. Sebelum perang setelah Inggeris bertapak kuat di negeri-negeri Melayu mereka telah menamakannya Malaya. Sebelum perkataan ‘Malaya’ diperkenalkan negeri-negeri Melayu ini dipanggil dengan nama Semenanjung Tanah Melayu atau Malay Peninsular.

Dalam sudut sejarah dan ilmu alam, Semenanjung Tanah Melayu adalah salah satu negeri-negeri Melayu yang terletak dalam lingkungan gugusan pulau-pulau Melayu. Ianya diperintah dan ditadbir oleh raja-raja serta pembesar-pembesar Melayu.

Penjajah Barat yang pertama datang ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Melaka ialah bangsa Portugis. Pada awalnya mereka datang dalam TM 1509 dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan di samping menjalin tali persahabatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu. Tetapi oleh kerana sikap tamak dan haloba menjadi kemegahan orang-orang barat untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya di negeri-negeri timur maka Portugis telah memerangi Melaka.

Disebabkan kekuatan politik orang-orang Melayu pada waktu itu mulai merosot, kelemahan pentadbirannya amat ketara pada mata peniaga-peniaga dari barat itu.Sebab itu Portugis mengambil kesempatan dengan menggunakan krisis dalanm negeri serta pengkhianatan dari anak-anak negeri dengan hasutan anasir-anasir luar bertambah pula yang tidak berpuashati dengan pemerintah, Portugis telah Berjaya menakluki Melaka pada TM 1511.

Sejak itu bermulalah titik hitam dalam sejarah politik bangsa Melayu bilamana penjajah barat buat pertama kali mencengkam kukunya di negeri-negeri Melayu sekitar alam Melayu ini.

Setelah lebih 150 tahun Portugis memerintah dan menjajah Melaka maka datang pula satu lagi kuasa penjajah barat iaitu Belanda yang tidak kurang rakusnya menjajah negeri-negeri timur. Dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor penjajah Belanda dapat mengalahkan Portugis di Melaka dalam TM 1641.

Kemudian setelah beratus-ratus tahun Belanda menjajah bukan sahaja di negeri Semenanjung Tanah Melayu tetapi juga di seluruh kepulauan Melayu yang lain, di mana dikenali kemudiannya sebagai Indonesia, maka penjajah Inggeris datang dan berjaya mengambil Melaka dari tangan Belanda melalui perjanjian pertukaran wilayah ( seolah-olah negeri-negeri Melayu harta kepunyaan mereka ) pada TM 1824.

Sehingga Inggeris dikalahkan oleh Jepun dalam bulan Disember 1941, semakin bersilih-ganti kuasa –kuasa asing menjajah Semenanjung Tanah Melayu. Bagaimanapun, Inggeris datang semula dalam bulan Ogos 1945 setelah tentera bersekutu berjaya mengalahkan Jepun serta menamatkan Peperangan Dunia Kedua.

Sebelum penjajah barat datang ke Asia Timur ini keseluruhan alam Melayu adalah terdiri dari beberapa kerajaan yang masyhur di zamannya. Dalam abad ke 3 kegemilangan Kerajaan Sri Vijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera melangkaui hingga ke Kedah, Kelantan dan Patani. Kemudiannya tegak pula Kerajaan Majapahit dalam abad ke 12 di Jawa dengan rajanya yang mashyur Hayamwuruk dan akitek politiknya Pateh Gadjah Mada.

Di samping itu terdapat juga Kerajaan Pasai yang mengasaskan pemerintahan Islam di rantau ini dalam abad ke 13 dikuti oleh Kerajaan Melayu Melaka. Sebelum itu sudah ada Kerajaan Melayu Kedah atau Langkasuka, Kerajaan Melayu Patani dan beberapa kerajaan kecil yang tidak berpengaruh.

Selepas kejatuhan Melaka masih wujud kerajaan-kerajaan Melayu seperti Kerajaan Melayu Riau Lingga, Kerajaan Melayu Bugis, Kerajaan Bentan, Kerajaan Mataram dan beberapa lagi, namun tidaklah dapat menandingi kehebatan pemerintahan Melaka sebelumnya.

Walaupun antara 1530 – 1640 muncul kerajaan Melayu Acheh untuk mengembalikan semula kegemilangan Kerajaan Melayu di rantau ini, tetapi tidak juga dapat menebus Melaka dari tangan Portugis. Kekuatan Portugis semakin kukuh di Melaka dengan terbinanya Kota Melaka tersergam menghadapi ke pantai.

Di zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam ( 1607 – 1636 ) beberapa percubaan telah dibuat oleh Kerajaan Acheh untuk menawan Melaka. Ini membuktikan semangat bangsa Melayu tidak pernah luntur walaupun negaranya terjajah untuk menebus maruah ibu pertiwimya. Bagaimanapun Iskandar Muda dapat menawan negeri-negeri bekas takluk Kerajaan Melayu, Melaka seperti Kedah, Pahang dan Johor. Sedikit sebanyak usaha-usaha Iskandar Muda ini dapat juga melemahkan kedudukan Portugis di Melaka dan membantu kemunculan Kerajaan Melayu Johor.

Dengan kemunculan Kerajaan Melayu Johor ini menguntungkan Belanda yang sudah bertapak di Bangkahulu. Melalui kerjasama Kerajaaan Melayu Johorlah pihak Belanda dapat merampas Melaka dari tangan Portugis dalam TM 1641.

Kedatangan orang-orang barat dan juga orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu adalah berkait dengan hubungan perniagaan di samping menjalin tali persahabatan di antara satu kerajaaan dengan kerajaan yang lain.

Dalam buku Sejarah Melayu ada menyebut bagaimana eratnya hubungan Kerajaan Melayu dengan Maharaja Cina. Sejak zaman Parameswara lagi utusan Cina yang diketuai oleh Laksemana Cheng Ho, seorang yang beragama Islam, telah datang ke Melaka dalam TM 1403. Raja Melaka sendiri telah berkunjung ke Negara Cina dalam TM 1414 dalam rangka merapatkan hubungan muhibbah antara kedua kerajaan.

Di zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah pula Maharaja Cina telah mengirimkan seorang puterinya yang bernama Hang Li Po untuk diperisterikan oleh Raja Melaka. Pengiring-pengiring dari utusan Maharaja Cina inilah dikatakan asal usul keturunan Baba di Melaka sekarang ini. Mereka ditempatkan di sebuah bukit di Bandar Melaka yang dikenali sekarang sebagai Bukit Cina.

Bila penjajah Inggeris berjaya mencengkamkan kukunya di negeri-negeri Melayu, bermulalah satu era baru. Inggeris mula membuka negeri ini kepada perusahaan melombong bijih timah dan penanaman pokok getah. Benih-benih getah yang dibawa dari Brazil telah diperkenalkan dengan ditanam secara percubaan di Singapura dan di satu kawasan kediaman kepunyaan Sir Hugh Low di Kuala Kangsar.

Kerana orang-orang Melayu pada peringkat awalnya membuat tentangan hebat ke atas usaha-usaha penjajah Inggeris maka orang-orang Inggeris merasakan kedudukan mereka tidak begitu terjamin, malah keamanan mereka sentiasa terancam. Maka Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London telah mula memikirkan sesuatu langkah perlu diambil supaya mereka boleh kekal menjajah disamping berupaya mengaut kekayaan sebanyak-banyaknya.

Pada awalnya Semenanjung Tanah Melayu adalah di bawah tadbir East India Company sebelum diambil alih oleh Kerajaan Inggeris. Orang-orang Melayu membuat penentangan bukan saja dari segi lahiriah tetapi juga secara psikologi. Saya masih ingat agi orang-orang tua Melayu menggunakan perkataan ‘anjing kompeni’ kepada sesiapa saja orang-orang Melayu yang memasuki anggota polis. Maksudnya, sesiapa juga yang berkerja dengan orang-orang Inggeris dan Kompeni Inggeris pada waktu itu terutamanya sebagai anggota polis, maka akan dicap dengan gelaran ‘ anjing kompeni’. Begitu juga jalanraya-jalanraya yang dibina oleh Inggeris dipanggil dengan nama ‘jalan kompeni’.

Sambungan disini.

Thursday, August 27, 2009

LAWAK PETANG : Motor tak boleh tumpang

Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang- bengkok. Tiba dipertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan'

' Boleh, naik di belakang' jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.

Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok batin.

'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni'

'Apa salahnye, naiklah di belakang'

Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anakbuahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan.

Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut.

Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin,polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

'Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati.' Marah Tok Batin.

'Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi'

'Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi lerr... '

Monday, August 17, 2009

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009

17hb Ogos - Pelancaran bulan kemerdekaan telah dilancarkan semasa perhimpuan pagi pada hari ini. Sepanjang bulan kemerdekaan ini, banyak aktiviti yang akan dijalankan. Insya'Allah. Tidak lupa juga dengan aktiviti Ihya' Ramadhan.


Thursday, August 13, 2009

Semalam kita gembira, Hari ini kita sedih.

Semalam kita gembira dengan kemenangan bagi Qariah Peringkat Antarabangsa. Tahniah kepada Cik Syarifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Bediuzzaman kerana mengharumkan nama Malaysia. Tahniah juga kepada Johan Qari dari Negara Iran dan kepada semua pemenang.






Hari ini kita sedih kerana pemergian seseorang yang amat kita kagumi suaranya yang begitu lunak ketika menyampaikan lagu- lagu dakwah.



AL -FATIHAH

buat arwah UST. ASRI IBRAHIM kumpulan Rabbani kerana serangan jantung.






Setiap yang datang pasti kembali kepadaNYA.

Wednesday, August 12, 2009

FAEDAH MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia
:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Monday, August 10, 2009

Meniru, Semua Orang Boleh!


Suatu hari semasa jamuan menyambut kedatangan Christopher Columbus setelah menemukan Benua Amerika, Cardinal Mendoza dari Spanyol mengambil telur dari meja dan membuat sebuah pembentangan pada para pejabat kerajaan.

"Barang siapa yang boleh mendirikan telur ini di atas meja tanpa bantuan apa-apa akan mendapat hadiah."

Pejabat istana mencuba mencari cara mendirikannya. Tiada siapa yang boleh, bentuk telur yang bulat susah untuk didirikan di atas meja tanpa alat bantu.

Tiba- tiba Christopher Columbus menekan telur sampai agak retak bahagian bawahnya, dan bahagian itulah yang membuat telur dapat berdiri di atas meja.

Para pejabat istana yang melihat memperlekehkannya, mereka mengatakan bahawa dengan cara begitu semua orang boleh buat. Cardinal Mendoza tersenyum, lantas berkata,

"Kamu mengatakan seperti itu kerana sudah melihat prosesnya. Tapi tahukah kamu bahawa proses itu tidak mudah? Kenapa bukan kamu yang pertama kali melakukan cara ini? Meniru setelah melihat memang mudah, tapi proses memikirkan telur berdiri sampai boleh melakukannya itu yang sulit."


Diambil dari buku klasik, "History of The New World", karya Girolamo Benzoni, 1565.


* * * * *

Confusius, seorang Filsuf Cina pernah berkata, ada 3 cara menjalani kehidupan,

Pertama dengan jalan meniru, itu adalah jalan yang paling mudah
Kedua lewat pengalaman, itu adalah jalan yang paling menyakitkan
Ketiga dengan cara merenung dan berpikir, dan itu adalah jalan yang paling mulia

Orang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapan, tetapi hebat dalam tindakan.

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm

SAHABAT