ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Thursday, May 28, 2009

KUIZ KESIHATAN PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2009

Pada 27hb Mei yang lalu, PPD telah mengadakan pertandingan Kuiz Kesihatan Peringkat Daerah Perak Tengah 2009. Semua sekolah diseluruh Perak Tengah turut menghantar 3 orang pelajar untuk menyertai pertandingan kuiz tersebut. Majlis penyampaian hadiah bagi pelajar- pelajar yang menang telah dirasmikan oleh Tuan PPD, Tn.Hj. Mokhtar Bin. Dris. Bagi pelajar- pelajar yang menang akan mewakili Perak Tengah untuk ke Peringkat Negeri yang akan diadakan pada bulan Jun nanti.

Keputusan rasmi Pertandingan Kuiz Kesihatan Peringkat Daerah Perak Tengah 2009 :-

Johan :- SK Bota Kanan
N. Johan :- SK Bota Kiri
Ketiga :- SK Layang- Layang Kanan


Gambar sekitar kejadian sila klik GALERY SKTB

LAWATAN DARI KELAS PENDIDIKAN KHAS SK GANGGA, BERUAS.

Pada 26hb Mei yang lalu, SKTB telah menerima lawatan dari Kelas Pendidikan Khas SK Gangga, Beruas. Lawatan ini diketuai oleh Cikgu Shaarani serta 6 orang guru dan 20 orang pelajar. Pihak SKTB amat berbesar hati di atas lawatan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Kelas Pendidikan Khas dan guru- guru SK Gangga kerana sudi melawat SKTB. Mudah- mudahan Allah merahmati anda semua. Insya'Allah.


Gambar sekitar kejadian sila klik GALERY SKTB

Wednesday, May 20, 2009

Solat semai budaya kerja cemerlang, berpasukan

Oleh Dr Irfan Mohamad

Elemen dalam ibadat contoh terbaik ke arah tingkatkan prestasi, produktiviti organisasi KEINDAHAN Islam bukan pada namanya saja yang bermaksud selamat. Bahkan jika ditelusuri kewajipan dan amalan dituntut manusia melakukannya pasti akan menemukan keindahannya. Contohnya apabila menjelang Ramadan ramai yang membicarakan hikmah di sebalik kefarduan puasa. Bermula daripada puasa menyihatkan badan dan menenangkan rohani, disusuli ibadat malam yang menjadi terapi jiwa, pasti membuatkan ramai yang kagum dan tidak mustahil mereka yang tidak diwajibkan turut berpuasa demi kelebihannya. Namun berakhir Ramadan, perbicaraan mengenainya juga mungkin berakhir. Setahun kemudian baru kitab kelebihan Ramadan dibuka semula. Berbeza dengan puasa, solat adalah tuntutan setiap hari. Mungkin disebabkan lima kali sehari, tidak ramai yang dapat atau mahu menjiwai bagaimana solat dapat menyemai budaya kerja cemerlang antaranya:

Mengikut perintah. Antara kefarduan yang kerap diulang dalam al-Quran ialah solat. Allah mengkategorikan mukmin berjaya ialah yang menjaga solatnya. Dimuatkan juga celaan mereka yang mengabaikannya dan riak dalam solat. Mematuhi arahan Allah dengan penuh rasa takut dan menunaikannya dengan penuh tanggungjawab sepatutnya melahirkan pekerja yang mentaati perintah ketua yang menjadikan kerja sebagai amanah.

Menurut garis panduan. Nabi bersabda supaya solat ditunaikan seperti Baginda melaksanakannya. Mukmin yang mengambil berat mengenai solat cuba sedaya-upaya mencapai martabat itu dan bukan bersolat seperti melepaskan batok di tangga. Mengikut panduan ditetapkan, budaya kerja yang baik akan melahirkan hasil sistematik dan memenuhi piawai.

Menanam azam dan objektif. Tidak sah solat tanpa niat. Pentingnya mengqasadkan niat pada awal solat menunjukkan kerja perlu bermula dengan apakah yang ingin dilakukan sebenarnya.

Menghormati ketua dan pekerja lain. Dalam solat berjemaah, makmum tidak boleh melebihkan suaranya sehingga mengganggu makmum di sebelah, apatah lagi jika suaranya kedengaran hingga kepada imam. Budaya memperlahankan bacaan dengan niat tidak mengganggu insan di sebelah amat sesuai diterapkan dalam kehidupan bekerja dalam satu pejabat yang saling menghormati dan menjaga hak pekerja lain perlu diberi penekanan.

Kerja berpasukan. Kelebihan solat berjemaah seperti diterangkan dalam hadis menunjukkan perlu berada dalam satu pasukan. Kerja berpasukan akan melahirkan hasil lebih baik daripada secara individu. Kecemerlangan melalui kerja berpasukan adalah moto yang sering diuar-uarkan menunjukkan kepentingan berjemaah adalah suatu yang sukar dinafikan.

Menepati waktu. Indahnya Islam mengajar kita bersolat mengikut waktu ditetapkan. Sentiasa melihat jam untuk mengetahui masuk dan habis waktu, mengajar kita bahawa masa suatu yang penting untuk diurus dengan bijak. Waktu pada hari ini mungkin berbeza dengan esok, ini menyedarkan manusia walau seminit berbeza ia amat bermakna dan mungkin menyebabkan solat tidak sah. Mukmin berdisiplin dengan waktu solat tiada masalah dengan pengurusan waktu di pejabat.

Memberi pandangan. Apabila imam terlupa bacaan atau perbuatan, menjadi tanggungjawab makmum memberi teguran dengan niat zikir supaya kesilapan dapat diperbetulkan. Konsep ini seperti amalan memberi pandangan dalam organisasi. Pendekatan berdiam diri dan menyimpan maklumat untuk diri sendiri pada saat organisasi memerlukan sumbangan idea bernas bukan ajaran dituntut Islam.

Memangku tugas. Menjadi kebiasaan kepada organisasi jika ketuanya tidak dapat melakukan tugas kerana sesuatu hal, maka ia akan dipangku orang kepercayaan jabatan itu. Dalam solat, apabila imam perlu keluar, makmum di belakang imam secara automatik memangku tugas memimpin makmum lain. Makmum akan kucar-kacir jika tiada imam dan konsep itu juga diamalkan dalam kehidupan kerja.

Mengganti masa. Dalam kes makmum masbuk (masuk lewat dalam solat), wajib melengkapkan solat dengan cara menggantikan rakaat yang tertinggal. Ketika bekerja, ada ketikanya kita masuk lewat atau keluar awal. Seeloknya kita gantikan waktu yang tertinggal. Mungkin ia tidak ditulis dalam rekod, tetapi kita yang merekodkannya selain malaikat Raqib dan Atid. Jika amalan itu diterapkan, pasti kerja pejabat dapat disiapkan pada waktunya, tanpa perlu kepada kerja lebih masa yang keterlaluan.

10· Mengambil inisiatif. Kita diajar memperelokkan solat dengan cara melakukan sunat ab'ad dan hai'ah. Selain itu, suasana yang kurang gangguan, kebersihan dan keselamatan tempat bersolat adalah perkara yang nampaknya kecil, tetapi mempengaruhi mutu solat. Begitulah juga dengan kerja seharian, boleh ditunaikan pada tahap 'asal siap', namun bukan itu yang diajar Islam. Mukmin harus mengambil inisiatif melakukan tugas sebaik mungkin untuk memaksimumkan keluaran. Indahnya Islam pada segenap gerak laku dan patah bicara. Ia adalah ajaran mencakupi segenap keperluan dan kehendak manusia.

"MAKA SOLATLAH SEBELUM KAMU DISOLATKAN"

Monday, May 18, 2009

RIANG RIA CIKGU SKTB

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru diseluruh negara dan kepada semua sekolah yang menyambut Hari Guru pada hari ini 18hb Mei 2009. Sambutan Hari Guru bagi warga SKTB tahun ini sangat meriah dengan gelagat guru- guru yang menyertai pertandingan sukaneka dan permainan bersama murid. Antara acara yang dipertandingkan ialah :-


Sukaneka :

1. Amuk Tok Nadim
2. Isi Air Dalam Botol
3. Bawa Bola Pimpong Dengan Sudu
4. Bowling Padang

Permainan :

1. Bola Jaring (Guru Perempuan vs Murid Perempuan)
2. Futsal (Guru Lelaki vs Murid Lelaki)

Keputusan keseluruhan pertandingan dimenangi oleh Guru- Guru SKTB.

Gelagat dan aksi guru- guru sila klik GALERY SKTB

Saturday, May 16, 2009

Post Yang Terdahulu

Haraf maaf kerana ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Blog SKTB kembali aktif selepas ini. Insya'Allah.

Antara aktiviti- aktiviti yang tidak dapat dimasukkan ke dalam blog sebelum ini.

MAJLIS PERPISAHAN PN. RAFIDAH
3hb April 2009

Pihak sekolah merasai kehilangan seorang kakitangan sekolah iaitu Pn. Rafidah Bt. Zakaria. Beliau ialah kerana yang telah lama berkhidmat di sekolah ini selama 8 tahun. Beliau ditukarkan ke SM Changkat Lada. Majlis perpisahan beliau diadakan secara kecil- kecilan kerana pertukaran beliau secara mengejut.


Gambar sekitar kejadian sila klik GALERY SKTB

NAIK TARAF PEJABAT DAN BILIK GURU
16hb April 2009



Alhamdulillah, rezeki SKTB tahun ini. Pejabat dan bilik guru dinaik tarafkan agar guru- guru lebih selesa untuk melakukan tugasan yang diamanahkan. Kerja- kerja pembaikan telah bermula pada 16hb April 2009. Kerja- kerja naik taraf ini memakan masa hampir 2 minggu.



Gambar sekitar kejadian sila klik GALERY SKTB

KLINIK UPSR TAHUN 6 ZON PKG KG. GAJAH

24hb - 26hb April 2009

Klinik UPSR Murid- murid Tahun 6 telah dijalankan pada 24hb April 2009 baru- baru ini. Klinik UPSR ini bertujuan untuk memastikan calon- calon UPSR telah bersedia menghadapi UPSR yang akan menjelma tidak lama lagi. Murid- murid yang terlibat didalam program ini dari sekolah- sekolah sekitar Zon PKG KG. Gajah. Klinik UPSR ini diadakan di Pusat Latihan Pelajar, Lambor Kanan. Terima kasih kepada semua sekolah- sekolah yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini dan penceramah yang sudi memberi ilmu kepada murid- murid yang terlibat.

Gambar sekitar kejadian sila klik GALERY SKTB



PEMERIKSAAN PERGIGIAN

29hb - 30hb April 2009



Murid- murid SKTB telah menjalani pemeriksaan pergigian pada 29hb - 30hb April 2009 baru- baru ini. Terima kasih kepada nurse- nurse yang ditugaskan ke SKTB. Macam- macam gelagat murid- murid sewaktu pemeriksaan dijalankan.

Gambar sekitar kejadian sila klik GALERY SKTB

SAHABAT