ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Tuesday, June 23, 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

Baca selanjutnya di sini Panitia Pendidikan Islam

Monday, June 22, 2009

SEMINAR AQIDAH DAN HALALAN THOYYIBA

Seminar ini telah berlangsung pada pagi tadi di Dewan Millinium Pejabat Daerah Kg. Gajah, Perak. Ceramah bahagian aqidah telah disampaikan oleh Ust. Jamil bin Mohd. Sapri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak. Antara pengisian ceramah beliau ialah :
1. Yoga dan hukumnya
2. Pengkid
3. Black Metal

Manakala ceramah bahagian Halalan Thoyyiba telah disampaikan oleh Ust. Fakhrul Zaman bin Abd. Mansor, Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak. Antara pengisian ceramah beliau ialah :
1. Isu ikan yang memakan makanan dari pelbagai bahan campuran.
2. Cara- cara mendapatkan pengesahan yang halal dari pihak Jabatan Agama Islam
3.. Ayam organik
4. Pilihan makanan yang mempunyai logo halal.

Majlis diteruskan dengan soalan- soalan terbuka dari para peserta. Majlis penutup telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama Kg. Gajah, Ust. Abd. Farid bin Saleh.

Manakala majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd. Azam bin Haji Sha'ari, Timbalan Pegawai Pejabat Daerah Kg. Gajah.




Gambar sekitar seminar berlangsung sila klik GALERY SKTB

Friday, June 19, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2009

Pada hari khamis 18hb Jun 2009 baru- baru ini, PPD Perak Tengah telah mengadakan sambutan hari guru bagi peringkat daerah yang diadakan di SMKA Azlan Shah, Bota. Majlis ini turut dihadiri guru- guru dari seluruh sekolah sekitar dalam Perak Tengah. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku.

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dari Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah, Tn. Hj. Mokhtar bin Mat Dris,AMN.



Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Perak, Tn. Hj. Mohd. Radzi Bin Abd. Jabar, Amn, Amp.





Terima kasih kepada PPD Perak Tengah kerana telah menganjurkan majlis ini.




Gambar sekitar sambutan Hari Guru sila klik GALERY SKTB

Wednesday, June 17, 2009

LAPORAN LAMAN BLOG SKTB DI JPN PERAK DAN PPD PERAK TENGAH

Alhamdulillah. Laporan laman blog SKTB telah pun disiarkan di Portal PPD Perak Tengah dan JPN Perak baru- baru ini. Kepada pengunjung yang baru mengunjungi laman ini, terima kasih diucapkan dan silalah meninggalkan komen, pesanan atau laman blog anda agar mudah kami untuk mengunjungi blog anda sekalian. Insya'Allah. Jazakallahu khairan kathiro.



sila klik : Laman PPD Perak Tengah







sila klik : Laman JPN Perak

Thursday, June 11, 2009

MEREKA BERTUAH

Pernahkah anda menjumpai sesuatu yang berharga dalam sekolah anda? Tidak kiralah apa jua pun. Guru Besar SKTB telah menjumpai sesuatu yang sangat bernilai kepada kita. Sijil Berhenti Sekolah Melayu pada tahun 1941. Zaman sebelum merdeka. Sudah hampir 68 tahun sijil ini disimpan di SKTB. Masih menggunakan format penulisan dan ejaan lama. Anda boleh lihat gambar dibawah ini. Sekurang- kurangnya pada tahun itu, orang- orang kampung disini bertuah kerana dapat bersekolah. Bagi mereka, sudah pandai membaca pun sangat baik bagi mereka.

Nama-nya: Halijah bt. Mohamad
Pencharian Ayah- nya: Berbendang
Umur-nya: 10 tahun
Hari bulan ia keluar: 1-4-41
Sebab- sebab ia keluar: Chukup Umur
Nama-nya: Anson bti Lateh
Pencharian Ayah- nya: Berkebun
Umur-nya: 11 tahun
Hari bulan ia keluar: 1-7-41
Sebab- sebab ia keluar: Sudah besar

Nama-nya: Din bin Lebo
Pencharian Ayah- nya: Berbendang
Umur-nya: 8 tahun
Hari bulan ia keluar: 1-7-62
Sebab- sebab ia keluar: Malas

SAHABAT