ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Friday, November 20, 2009

Majlis Anugerah Gemilang SKTB 2009

Semalam 19 November 2009 berlangsung Majlis Anugerah Gemilang SKTB bagi tahun 2009. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mustafa bin Ngah Mansor, Pegawai Khas YB ADUN KG. Gajah. Majlis berjalan dengan lancar dan ibu bapa serta penjaga pelajar turut serta memeriahkan lagi majlis tersebut. Keputusan UPSR diumumkan pagi semalam juga. Tahniah kepada SKTB kerana memperolehi seorang pelajar yang mendapat keputusan 5A, Adik Mastura binti Mazlan. Manakala 4A 1B diperolehi oleh Adik Mohd. Zulkhairi bin Zainal Abidin. Peratus kelulusan meningkat sebanyak 22.3% daripada tahun lepas menjadikan 66.83%. Tahniah juga kepada semua guru SKTB yang bertungkus lumus dan kepada semua sekolah Daerah Perak Tengah yang berjaya meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini.

2 comments:

Anuar Puteh Harun said...

Tahniah le untuk warga SKTB yang begitu dedikasi dan tak mengenal jemu untuk mendidik anak bangsa.

GPI SKTB said...

Terima kasih cikgu nuar...bgitu juga sabar & sentiasa memberi dorongan kpd sktb terutama cikgu rasimah...berkat doa kta bersama...insya'Allah...

SAHABAT