ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Monday, February 16, 2009

Kejohanan Olahraga Peringkat Kelompok PKG KG. Gajah 2009

Pertandingan selamat di jalankan pada 10 Februari yang lalu. Pertandingan ini berlansung di SK Sungai Galah, Tanjung Tualang bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. 11 buah sekolah di Kelompok PKG KG. Gajah menyertai pertandingan tersebut.

SK Dato' Sagor telah mengungguli keseluruhan pertandingan. Olahragawan dari SK Balun Bidai, manakala olahragawati dari SK Dato' Sagor.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan PPD (Pengurusan Pembangunan Manusia) En. Ahmad Zakuan b. Mohd Razi. Terima kasih daun keladi diucapkan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang kalah, cuba lagi di tahun hadapan.

untuk melihat gambar seterusnya klik : http://galery-sktb8230.blogspot.com/

No comments:

SAHABAT