ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuh?


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama murid Tahun Enam 2009 pada majlis pelancaran Projek Gerak Bakti UPSR anjuran Amanah Raya Berhad di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di Muar, semalam. Turut kelihatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim (dua kanan), Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan Khairy Jamaluddin, Pengerusi Amanah Raya Berhad, Datuk Dusuki Ahmad (empat kanan) dan Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh (kanan). Muhyiddin berkata, kabinet akan memutuskan kedudukan PPSMI, hari ini.


Tingkat pengajaran bahasa Melayu, tanpa ketepi bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu.

Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah.

Menurut sumber, dasar baru itu dijangka bermula pada 2012 dan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini untuk kelulusan.

Baca berita selanjutnya disini.

No comments:

SAHABAT