31 Disember 2009 ~
Kami bertolak dari Tanjong Bidara jam 11.30 malam. Bas melalui lebuhraya Kuala Kangsar. Singgah berehat sebentar di Perhentian Bukit Merah. Perjalanan diteruskan dan singgah di Perhentian Gurun untuk menunaikan solat subuh seterusnya sarapan pagi. Perjalanan diteruskan ke Jeti Kuala Perlis.
01 Januari 2010 ~
Kami selamat sampai ke Jeti Kuala Perlis jam 8.30 pagi menunggu tiket feri jam 10.30 pagi. Kami menaiki feri jam 11.15 pagi kerana ada sedikit masalah dengan pihak pengurusan. Kami selamat sampai ke Jeti Langkawi jam 12.20 tengahari. Seterusnya kami dibawa ke tempat penginapan Sri Pulau Motel untuk menunaikan solat zohor dan makan tengahari.
Seterusnya kami singgah ke Pantai Pasir Hitam. Sepanjang berada di
Kemudian kami singgah ke Beras Terbakar untuk membeli belah kerana disinilah pusat membeli yang
02 Januari 2010 ~
Jam 9.30 pagi setelah bersarapan, kami bertolak menuju ke Pusat Pembuatan Gamat di Nusantara Maju Enterprise. Kami sempat melihat cara pembuatan minyak gamat. Banyak ubat- ubatan tradisional turut dijual disini. Harganya juga berpatutan.
Seterusnya destinasi kami yang terakhir di Makam Mahsuri. Jika ke Langkawi, tidak singgah ke Makam Mahsuri memang tidak lengkap lawatan ini. Bayaran masuk ke Makam Mahsuri De
Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang menuju ke Jeti Langkawi untuk menaiki feri jam 12.30 tengahari. Kami selamat tiba di Jeti Kuala Perlis jam 1.15 tengahati dan makan di gerai berhampiran jeti. Kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah sebentar di Menara Alor Star dan Pekan Rabu, Kedah. Jam 5.30 kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah perhentian terakhir di Perhentian Bukit Gantang untuk menunaikan solat maghrib dan isya'. Kami selamat sampai ke Tanjong Bidara jam 12.20 malam.
No comments:
Post a Comment