ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Sunday, July 3, 2011

Larian 1 Sukan 1 Murid 1 Malaysia 2011

02 Julai 2011 - Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara telah mengadakan Program Larian 1 Sukan 1 Murid. Semua murid- murid SKTB terlibat dengan larian tersebut termasuk Ibubapa, AJK PIBG dan guru- guru SKTB.  Larian bermula pada jam 7.45 pagi sejauh 2 KM dari kawasan sekolah. Selepas itu acara senamrobik telah dijalankan dan acara permainan bola sepak dan bola jaring juga turut dijalankan.



free photo effects

Tuesday, May 10, 2011

Download Lagu Hari Guru 2011 GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA



DOWNLOAD : KLIK SINI.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia

Lagu & Lirik : Rosman Adam

SAHABAT