ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Friday, March 5, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H/ 2010M

05 Februari 2010 - Panitia Pendidikan Islam SKTB telah menjalankan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pada jam 7.45 - 8.30, Majlis Bacaan Yassin dimulakan kemudian pertandingan mewarna dan Azan diadakan selepas itu. Majlis penutupan diketuai oleh Ustazah Nurul Fadzilah Binti Arshad. Majlis dimulai dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W kemudian ceramah Maulidur Rasul, sesi soal jawab dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang dan guru- guru yang terlibat. Semoga dengan adanya program sebegini dapat meningkatkan pengetahuan serta kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Thursday, February 25, 2010

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke - 25



25 Februari 2010
- SKTB telah selamat menjalankan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke- 25 bagi tahun 2010. Majlis Pembukaan telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTB En. Kushariry bin Mohd. Rafie. Acara balapan dimulakan seterusnya acara berkumpulan.





Tahniah kepada
Adik Meor Nur Hafiz bin Meor Aziz yang dicalonkan sebagai Olahragawan Temasya Sukan Tahunan SKTB Kali Ke- 25, manakala Adik Nursyuhadah Assyikin binti Zahuri sebagai olahragawati.



Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd. Nor bin Hj. Zakariah, Timbalan Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang. Kami warga SKTB mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu atau berkumpulan kerana sudi menyumbangkan derma bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan SKTB Kali Ke - 25 ini. Semoga Allah yang membalas jasa kalian. Terima kasih.

SAHABAT