ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Wednesday, July 15, 2009

SEMINAR AKHBAR DALAM DARJAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2009

13 Julai 2009 - Seminar ini telah diadakan di PPD Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar. Seminar telah disampaikan oleh Ustaz Halmi bin Abdul Rahman, Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Daerah Perak Tengah. Seminar ini berlangsung pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.


Untuk gambar penuh sila klik GALERY.

Monday, July 13, 2009

Arah kiblat boleh disemak Khamis ini (16 Jul 2009)

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

SAHABAT