ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Sunday, November 18, 2012

UPSR 2012

Warga SK Tanjong Bidara, Ibubapa dan PIBG mengucapkan tahniah kepada Adik Nur Syafiqah Bt. Ismail dan Adik Mohamad Yasin B. Abd. Latif diatas kejayaan mendapat 5A dalam keputusan UPSR 2012 serta Adik Meor Muhd. Hakimi B. Meor Aziz yang mendapat 4A 1B. Semoga kecemerlangan ini berterusan didunia dan diakhirat.


Adik Mohamad Yasin dan Adik Nur Syafiqah


7 orang daripada 10 orang murid UPSR 2012 bersama- sama YDP PIBG dan Guru Besar

Sunday, October 30, 2011

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2011 DENGAN TEMA PEMBACAAN PEMANGKIN 1MALAYSIA.


Kem Membaca 1Malaysia 2011 WAJIB dilaksanakan pada 31hb Oktober sehingga 03hb November 2011 di semua sekolah- sekolah di Malaysia dengan bertemakan Pembacaan Pemangkin 1Malaysia.


Marilah bersama- sama kita menjayakannya.

Sunday, July 3, 2011

Larian 1 Sukan 1 Murid 1 Malaysia 2011

02 Julai 2011 - Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara telah mengadakan Program Larian 1 Sukan 1 Murid. Semua murid- murid SKTB terlibat dengan larian tersebut termasuk Ibubapa, AJK PIBG dan guru- guru SKTB.  Larian bermula pada jam 7.45 pagi sejauh 2 KM dari kawasan sekolah. Selepas itu acara senamrobik telah dijalankan dan acara permainan bola sepak dan bola jaring juga turut dijalankan.



free photo effects

Tuesday, May 10, 2011

Download Lagu Hari Guru 2011 GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA



DOWNLOAD : KLIK SINI.

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia

Lagu & Lirik : Rosman Adam

Thursday, April 21, 2011

Keputusan Mahrajan Kesenian Islam Zon PKG Kg. Gajah 2011

20 April 2011
Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Zon PKG Kampong Gajah telah berjalan dengan lancar di SK Sungai Galah.
Semua acara yang dipertandingkan dapat dijalankan dengan bantuan dan sokongan GPI, j-QAF, guru- guru dan Guru Besar Zon PKG Kampong Gajah serta semua sekolah- sekolah yang terlibat.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penyelia Pendidikan Islam PPD Daerah Perak Tengah, Pn. Norsiah Binti Jelani.





Keputusan Jemaah Hakim :

Berzanji (Lelaki)

  • Johan : SK Raja Chulan 
  • Naib Johan : SK Balun Bidai
  • Ketiga : SK Dato' Sagor

Berzanji (Perempuan)

  • Johan : SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Sungai Galah
  • Ketiga : SK Balun Bidai

Tulisan Jawi (Lelaki)

  • Johan : SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Toh Paduka Raja
  • Ketiga : SK Pasir Panjang Ulu

Tulisan Jawi (Perempuan)

  • Johan : SK Pasir Panjang Ulu
  • Naib Johan : SK Dato' Sagor
  • Ketiga : SK Tanjong Bidara

Nasyid

  • Johan : Kumpulan Soutun Nissa' (SK Sungai Galah)
  • Naib Johan : Kumpulan Soutul Imtiyaz (SK Dato' Sagor)
  • Ketiga : Kumpulan Mujahatul 'Auni (SK Toh Paduka Raja)

Kompang Selawat

  • Johan : Kumpulan Soutul Imtiyaz (SK Toh Paduka Raja)
  • Naib Johan : Kumpulan Soutul Rijal (SK Sungai Galah)
  • Ketiga : Kumpulan Putera Soleh (SK Balun Bidai)

Keputusan Keseluruhan : SK Dato' Sagor

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan MTQ Peringkat PKG KG. Gajah 2011


23hb Mac 2011
Majlis Tadarus Al Quran Peringkat PKG Kampung Gajah 2011 telah diadakan di SK Pasir Panjang Ulu. Majlis berjalan dengan lancar. Keseluruhan penyertaan seramai 40 orang dari 10 buah sekolah yang terlibat sekitar PKG Kampong Gajah, Perak.


Keputusan Jemaah Hakim :


Tilawah Al Quran (Lelaki)

  • Johan : SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Lambor Kiri
  • Ketiga : SK Sungai Galah
Tilawah Al Quran (Perempuan)
  • Johan :  SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Balun Bidai
  • Ketiga : SK Lambor Kiri
Hafazan (Lelaki)
  • Johan :  SK Pasir Panjang Ulu
  • Naib Johan : SK Dato' Sagor
  • Ketiga : SK Sungai Galah
Hafazan (Perempuan)
  • Johan :  SK Toh Paduka Raja
  • Naib Johan : SK Sungai Galah
  • Ketiga : SK Dato' Sagor
Bercerita (Lelaki)
  • Johan :  SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Balun Bidai
  • Ketiga : SK Sri Changkat
Bercerita (Perempuan)
  • Johan :  SK Dato' Sagor
  • Naib Johan : SK Balun Bidai
  • Ketiga : SK Sungai Galah

Keputusan keseluruhan : SK Dato' Sagor.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

INFO : Pelajar Cina dapat A+ dalam Tasawwur Islam

KUALA TERENGGANU, 23 Mac — Seorang pelajar Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan hari ini.
Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.
“Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam,” kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.
Katanya beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.
Wong, dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam.
“Dalam buku teks semua ada tentang tasawwur dan kita kena rajin mentalaah. Begitu juga mata pelajaran lain, saya tekun mempelajarinya.
“Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan,” kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.
Seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Nur Zulaikha Ismail, berkata beliau berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik pada peperiksaan itu.
“Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan.
“Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir ia boleh mengubah iklim kehidupan keluarga,” kata anak kelima daripada 10 beradik.
Anak pekerja kilang papan itu memperoleh 11A+ iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab Tinggi.
Ayahnya Ismail Othman, 50, ketika ditemui, melahirkan rasa syukur dan melahirkan penghargaan kepada semua guru yang mengajar anaknya. — Bernama



Wong Yujing menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM 2010 yang diterimanya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring hari ini. — Foto Bernama





Mutiara Kata : Jika ada kemahuan, disitu ada jalan. Dimana ada jalan, disitu ada kejayaan.

Friday, March 11, 2011

Berita Tsunami di Jepun.

Jepun digegar gempa kuat, amaran tsunami dikeluarkan
11/03/2011 3:16pm

WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. - REUTERS
Penduduk Labuan dan Sabah dinasihat tidak ke pantai
11/03/2011 4:29pm

KUALA LUMPUR 11 Mac – Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.
Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.
Katanya, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini. – Bernama
tsumani.map.jpg



"YA ALLAH, SELAMATKANLAH SELURUH UMAT ISLAM DAN BUMI MU YANG INDAH INI, JAUHKANLAH MALAPETAKA DAN BENCANA YANG AKAN MEROSAKKANNYA..."

Wednesday, March 9, 2011

Selamat Datang Orang Jerantut, Pahang.


SKTB mengalu- alukan kehadiran guru j-QAF Ustaz Ahmad Saiful Nizam bin Muhamad Suhaimi yang melaporkan diri pada 14 Februari yang lalu.
Ustaz Ahmad Saiful Nizam berasal dari Jerantut, Pahang. Opsyen Bahasa Arab.




Mutiara :
"Setiap yang baru itu menjadi 1 cabaran untuk melenturnya menjadi emas permata..." 

Sunday, January 9, 2011

Majlis Bacaan Yasin Bersama Pelajar Tahun 6

7hb Januari 2011
Majlis Bacaan Yasin telah diadakan di kelas Tahun 6 bersama- sama pelajar Tahun 6 Cemerlang.
Majlis diketuai Cikgu Zulkifli Bin Othman selaku khalifah Majlis Bacaan Yasin.
Majlis berjalan dengan lancar.
Majlis Bacaan Yasin ini akan diteruskan pada setiap hari Jumaat sehingga akhir tahun.




Bekalan
"Hati- hatilah dengan doa orang yang dizalimi dan air mata orang yang teraniaya..."

Cool text generator

Wednesday, January 5, 2011

Warga Baru SKTB

1hb Januari 2011

SKTB menerima kunjungan warga baru pada tahun 2011.
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Cik Jamaliah Binti Haron, 26 tahun yang ditugaskan untuk mengajar subjek Matematik. Beliau merupakan graduan IPG Temenggong Ibrahim, Johor.
Berasal dari Terengganu.

Semoga dengan kehadiran beliau memperluaskan lagi ukhwah sesama warga SKTB.

Selamat bertugas kepada Cik Jamaliah Binti Haron.





Cool text generator

Monday, January 3, 2011

Gelagat di tahun Baru

03hb Januari 2011
Sesi Persekolah 2011 kali ini disambut dengan suasan yang sejuk dan hujan lebat di SKTB. Walaubagaimana keadaan sekali pun, semua murid yang baru berdaftar di tahun 1 dan Prasekolah tetap hadir dengan penuh keceriaan dan gelagat mereka.






SELAMAT BERTUGAS SEMULA KEPADA SEMUA GURU- GURU DI SELURUH MALAYSIA.







Cool text generator

Wednesday, August 25, 2010

Bayi Dilahirkan Seperti Bertopeng

Subject: Bayi Dilahirkan Seperti Bertopeng

CHINA : Wajah bayi ini dilihat seperti memakai topeng. Keadaannya seperti bayi ini mempunyai 2 muka, dan muka ini tertampal pada muka yang asal.

Kangkang kini berusia 14 bu lan .Menurut ibu kepada bayi istimewa ini,Yi Xilian tiada apa yang aneh ketika mengandungkan Kangkang dan kandungannya juga normal ketika itu.

Selepas Yi Xilian melahirkan Kangkang, doktor tidak membenarkan untuk melihat Kangkang. Namun, Yi Xilian merayu kepada suamiuntuk melihat wajah anaknya.Dia terkejut dan menangis ketika melihat keadaan bayinya.

Doktor hanya memberikan kemungkinan hal ini berlaku, tiada kepastian me nge nai kelaianan yang berlaku pada anaknya.

Doktor beranggapan mungkin berlakunya jangkitan ketika perkembangan embrio ketika mengandung atau kesan ubat-ubatan yang diambil ketika mengandung.Namun, tiada sebab yang jelas yang dapat dibuat oleh doktor.

Kos untuk melakukan pembedahan kepada Kangkang dianggarkan 80 – 100 ribu US Dollar. Pembedahan ini dilakukan untuk menyamakan 2 bahagian wajah Kangkang dan tu lan g muka.Bagaimanapun Doktor tetap tidak dapat memberikan jaminan akan hasilnya. 





MAHA SUCI ALLAH...

Cool text generator

Tuesday, August 24, 2010

Friday, July 16, 2010

INFO : 10 Racun Psikologi

Racun pertama : Menghindar
Gejalanya, lari dari kenyataan, mengabaikan tanggung jawab, padahal dengan melarikan diri dari kenyataan Kita hanya akan mendapatkan kebahagiaan semua yang berlangsung dalam sekejap.
Antibodinya : Realiti

Cara : Berhentilah menipu diri. Jangan terlalu serius dalam menghadapi masalah kerana rumah sakit jiwa sudah dipenuhi pesakit yang selalu mengikuti kesedihannya dan merasa lingkungannya menjadi sumber frustasi. Jadi, selesaikan setiap masalah yang dihadapi secara tenang dan yakinilah bahawa segala sesuatu yang terbaik selalu harus diupayakan dengan keras.

Racun kedua : Ketakutan
Gejalanya, tidak yakin diri, tegang, cemas yang antara lain bisa disebabkan kesulitan kewangan, konflik perkimpoian, problem seksual, DLL...
Antibodinya : Keberanian

Cara : Hindari menjadi pengharap yang bergantung pada kecemasan. Ingatlah 99 persen hal yang kita cemaskan tidak pernah terjadi. Keberanian adalah pertahanan diri paling ampuh. Gunakan analisis intelektual dan carilah solusi masalah melalui sikap mental yang benar. Keberanian merupakan proses redukasi. Jadi, jangan segan mencari bantuan dari ahlinya, seperti psikiater atau psikologi.

Racun ketiga : Egoistis
Nyinyir, materialistis, agresif, lebih suka meminta daripada memberi.
Antibodinya : Bersikap sosial

Cara : Jangan mengeksploitasi teman. Kebahagiaan akan diperoleh apabila kita dapat menolong orang lain. Perlu diketahui, orang yang tidak mengharapkan apapun dari orang lain adalah orang yang tidak pernah merasa dikecewakan.

Racun keempat : Stagnasi
Gejalanya berhenti satu fase, membuat diri Kita merasa jenuh, bosan, Dan tidak bahagia.
Antibodinya : Ambisi

Cara : Teruslah berkembang, ertinya kita terus beusaha di masa depan kita. Kita kan menemukan kebahagiaan dalam ghairah saat meraih kejayaan kita tersebut.

Racun kelima : Rasa rendah diri
Gejala : Kehilangan keyakinan diri dan kepercayaan diri serta merasa tidak memiliki kemampuan bersaing.
Antibodinya : Keyakinan diri

Cara : Seseorang tidak akan menang bila sebelum berperang, yakin dirinya akan kalah. Bila Kita yakin akan kemampuan Kita, sebenarnya kita sudah mendapatkan separuh dari target yang ingin kita raih.. Jadi, sukses berawal pada saat kita yakin bahawa kita mampu mencapainya.

Racun keenam : Narsistik
Gejala : Kompleks superioritas, terlampau sombong, kebanggaan diri palsu.
Antibodinya : Rendah hati

Cara : Orang yang sombong akan dengan mudah kehilangan teman, kerana tanpa kehadiran teman, kita tidak akan bahagia. Hindari sikap mahu tahu. Dengan rendah hati, Kita akan dengan sendirinya mau mendengar orang lain sehingga peluang 50 persen keyakinan sudah kita raih.

Racun ketujuh : Mengasihani diri
Gejala : Kebiasaan menarik perhatian, suasana yang dominan, murung, menghunjam diri, merasa menjadi orang termalang di dunia.
Antibodinya : Sublimasi

Cara : Jangan membuat diri menjadi neurotik, terpaku pada diri sendiri. Lupakan masalah diri dan hindari untuk berperilaku sentimentildan terobsesi terhadap ketergantungan kepada orang lain..

Racun kedelapan : Sikap bermalas-malasan
Gejala : Apatis, jenuh berlanjut, melamun, Dan menghabiskan waktu dengan cara tidak produktif, merasa kesepian.
Antibodinya : Kerja

Cara : Buatlah diri kita untuk selalu mengikuti jadwal kerja yang sudah kita rencanakan sebelumnya dengan cara aktif bekerja. Hindari kecenderungan untuk membuat keberadaaan kita menjadi tidak berarti dan mengeluh tanpa henti.

Racun kesembilan : Sikap tidak toleransi
Gejala : fikiran kolot, kebencian rasial yang kolot, angkuh, antagonisme terhadap agama tertentu, prasangka religius.
Antibodinya : Kontrol diri

Cara : Tenangkan emosi Kita melalui seni mengkontrol diri. Amati mereka secara intelektual. Tingkatkan kadar toleransi kita. Ingat bahwa dunia diciptakan dan tercipta dari keberagaman kultur Dan agama.

Racun kesepuluh : Kebencian
Gejala : Keinginan balas dendam, kejam, bengis.
Antibodinya : Cinta kasih

Cara : Hilangkan rasa benci. Belajar memaafkan dan melupakan.. Kebencian merupakan salah satu emosi negatif yang menjadi dasar dari rasa ketidakbahagiaan. Orang yang memiliki rasa benci biasanya juga membenci dirinya sendiri karena membenci orang lain. Satu-satunya yang dapat melenyapkan rasa benci adalah cinta. Cinta kasih merupakan kekuatan hakiki yang dapat dimiliki setiap orang.

Ketika Kita sedang mengalami rasa depresi dan tidak bahagia, gunakan cara diatas sebagai sarana pertolongan pertama dalam kondisi mental gawat darurat demi terhindar dari ketidakbahagiaan berlanjut pada masa mendatang !!!

Cool text generator

Tuesday, July 13, 2010

APC 2009


SK Tanjong Bidara mengucapkan tahniah kepada Cikgu Irwanshah Bin Mat Isa diatas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2009.

Semoga anugerah yang diterima dapat membakar lagi semangat untuk terus berjuang, mendidik dan meningkatkan lagi prestasi anak bangsa agar menjadi insan yang berjaya didunia dan diakhirat.

Semoga terus berjuang dan cemerlang dalam segala bidang.

Wednesday, June 23, 2010

INFO : Warna-Warna yang Bermanfaat


Morton Walker dalam bukunya “The Power of Color” mengambil pandangan yang dilakukan oleh Robert Gerard, Ph. D dari University of California-Los Angeles yang mempelajari kesan warna terhadap kecemasan, denyutan nadi dan aliran darah kerana setiap warna memiliki panjang gelombang yang berbeza dari ultraviolet hingga inframerah. Berikut ini adalah jenis warna dan manfaatnya:

Merah : Merupakan warna yang menarik dan emotif. Paling baik diaplikasikan untuk restoran dan lebih menyenangkan bagi mereka yang dalam keadaan tenang daripada yang sedang tegang. Memacu kelenjar di bawah otak dan kelenjar adrenal serta melepaskan adrenalin. Dapat meningkatkan tekanan darah dan pernafasan serta merangsang selera makan dan indra penciuman.


Kuning : Merupakan warna pertama yang dikenali otak. Diasosiasikan dengan stress, kewaspadaan dan kecemasan. Namun, merangsang optimisme, harapan, keseimbangan dan keselarasan secara keseluruhan. Sangat baik digunakan dalam ruang kelas.

Jingga : Memiliki karakteristik antara merah dengan kuning. Merupakan salah satu warna terbaik untuk merangsang pembelajaran.

Biru : Merupakan warna yang paling menyenangkan. Menenangkan orang yang tegang dan meningkatkan perasaan nyaman. Ketika anda melihat warna biru, otak anda melepaskan sebelas neurotransmitter yang menenangka tubuh dan dapat berakibat pada penurunan suhu tubuh, keringat dan selera makan.

Hijau : Adalah warna yang juga menenangkan. Tubuh berespons terhadap warna hijau dengan melepaskan histamin darah yang mengakibatkan berkurangnya kepekaan terhadap alergi makanan. Antigen juga dirangsang untuk memperbaiki sistem kekebalan tubuh secara menyeluruh.

Coklat : Menumbuhkan perasaan aman, relaks dan mengurangi keletihan

Abu-abu : Warna yang paling netral

Warna gelap : Mengurangi stress dan meningkatkan perasaan damai

Warna terang : Meroketkan energi dan kreativitas. Menumbuhkan prilaku agresif dan kecemasan

Tuesday, May 4, 2010

RENUNGAN : Suami Setia

Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.

Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.

Apabila
ditanya, si suami menjawab :
"Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"

Monday, April 19, 2010

INFO : Fenomena 'Black Sun' yang Sangat Mengagumkan

Selama musim semi di Denmark, pada kira-kira satu setengah jam sebelum matahari terbenam, kawanan burung jalak Eropa (sturnus vulgaris) yang jumlahnya bisa mencapai lebih dari sejuta berkumpul dari berbagai penjuru berkumpul membentuk formasi-formasi menakjubkan. Fenomena ini sering disebut dengan Black Sun, dan dapat ditemui di awal musim semi di sepanjang daratan berawa di Denmark bagian barat selama bulan March hingga pertengahan April. Burung-burung ini bermigrasi dari selatan dan menghabiskan waktunya di padang-padang rumput mencari makan dan tidur di rerumputan di malam hari.






SAHABAT