01 Januari 2010 SKTB telah mengadakan lawatan ke Langkawi bersama- sama pelajar dan warga SKTB. Lawatan ini bersempena hadiah kepada pelajar UPSR yang telah menaikkan peratus kecemerlangan UPSR SKTB. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SKTB kerana telah mengotakan janjinya. Alhamdulillah, lawatan ini memberikan semangat baru kepada bakal- bakal pelajar UPSR 2010.
31 Disember 2009 ~
Kami bertolak dari Tanjong Bidara jam 11.30 malam. Bas melalui lebuhraya Kuala Kangsar. Singgah berehat sebentar di Perhentian Bukit Merah. Perjalanan diteruskan dan singgah di Perhentian Gurun untuk menunaikan solat subuh seterusnya sarapan pagi. Perjalanan diteruskan ke Jeti Kuala Perlis.
01 Januari 2010 ~
Kami selamat sampai ke Jeti Kuala Perlis jam 8.30 pagi menunggu tiket feri jam 10.30 pagi. Kami menaiki feri jam 11.15 pagi kerana ada sedikit masalah dengan pihak pengurusan. Kami selamat sampai ke Jeti Langkawi jam 12.20 tengahari. Seterusnya kami dibawa ke tempat penginapan Sri Pulau Motel untuk menunaikan solat zohor dan makan tengahari.
Jam 3.00 tengahari kami meneruskan perjalanan menaiki bas Sri Pulau menuju ke Taman Burung. Bayaran tiket masuk ke taman burung ini Dewasa RM8.00, manakala Kanak- kanak RM6.00. Jika lawatan biasa bayarannya lebih mahal dari lawatan sekolah. Sepanjang berada di dalam Taman Burung ini, kami boleh menyentuh atau memegang sebahagian haiwan- haiwan yang ada didalamnya. Antaranya burung kakak tua, kancil, arnab, burung unta, keldai dan burung merak. Taman burung ini amat sesuai dilawati bagi pelajar- pelajar agar mendekati haiwan- haiwan unik ciptaan Yang Maha Esa.
Seterusnya kami singgah ke Pantai Pasir Hitam. Sepanjang berada dipantai ini, pasir ditepian pantai berwarna hitam keemasan. Sungguh unik pantai ini kerana keadaannya lain dari lain. Disini juga terdapat gerai- gerai menjual baju dan produk berasaskan gamat.
Kemudian kami singgah ke Beras Terbakar untuk membeli belah kerana disinilah pusat membeli yang murah jika ke Langkawi. Seterusnya kami dibawa ke Pekan Kuah untuk menikmati suasana pekan di Langkawi. Kami sempat singgah membeli belah sekali lagi di Ismail Group. Coklat dan gula- gula disini amat murah berbanding harga kawasan bercukai. Seterusnya kami makan malam di dataran Lang sambil menikmati panorama laut waktu malam. Jam 9.00 malam kami pulang semula ke tempat penginapan dan berehat setelah seharian berjalan mengelilingi Langkawi.
02 Januari 2010 ~
Jam 9.30 pagi setelah bersarapan, kami bertolak menuju ke Pusat Pembuatan Gamat di Nusantara Maju Enterprise. Kami sempat melihat cara pembuatan minyak gamat. Banyak ubat- ubatan tradisional turut dijual disini. Harganya juga berpatutan.
Seterusnya destinasi kami yang terakhir di Makam Mahsuri. Jika ke Langkawi, tidak singgah ke Makam Mahsuri memang tidak lengkap lawatan ini. Bayaran masuk ke Makam Mahsuri Dewasa RM5.00 Kanak- kanak dari usia 3 hingga 12 tahun RM2.50. Masuk saja ke dalam Makam ini kami disajikan dengan persembahan Chak Limpong yang mendendangkan lagu- lagu tradisional dari semua negeri. Suasana di dalam Makam ini sungguh indah dan bersih seperti di kampung. Berbagai- bagai jenis model rumah kampung yang ada disini. Ramai pelancong dari luar negeri datang kesini untuk menikmati keunikan Melayu di Malaysia.
Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang menuju ke Jeti Langkawi untuk menaiki feri jam 12.30 tengahari. Kami selamat tiba di Jeti Kuala Perlis jam 1.15 tengahati dan makan di gerai berhampiran jeti. Kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah sebentar di Menara Alor Star dan Pekan Rabu, Kedah. Jam 5.30 kami meneruskan perjalanan pulang dan singgah perhentian terakhir di Perhentian Bukit Gantang untuk menunaikan solat maghrib dan isya'. Kami selamat sampai ke Tanjong Bidara jam 12.20 malam.
No comments:
Post a Comment