Jepun digegar gempa kuat, amaran tsunami dikeluarkan
11/03/2011 3:16pm
WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. - REUTERS
Penduduk Labuan dan Sabah dinasihat tidak ke pantai
11/03/2011 4:29pm
KUALA LUMPUR 11 Mac – Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.
Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.
Katanya, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini. – Bernama
"YA ALLAH, SELAMATKANLAH SELURUH UMAT ISLAM DAN BUMI MU YANG INDAH INI, JAUHKANLAH MALAPETAKA DAN BENCANA YANG AKAN MEROSAKKANNYA..."
No comments:
Post a Comment