ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK


Sunday, November 22, 2009

MAKAN MALAM DI TELUK MUROH MANJUNG, PERAK.

Selasa 17hb November 2009 - Warga SKTB telah menganjurkan makan malam bersama- sama warga sekolah di Teluk Muroh Manjung, Perak. Semua warga SKTB turut hadir bersama keluarga masing- masing. Suasana sungguh meriah dengan berlatar belakangkan deruan angin laut dan hidangan yang disediakan amat menyelerakan. Tambahan pula sebelum makan malam dimulakan hujan turun renyai- renyai. Makan malam dimulakan dengan ucapan Guru Besar SKTB dan bacaan doa dibaca oleh En. Zulkifli bin Othman. Semoga dengan adanya aktiviti sebegini mengeratkan lagi silaturrahim sesama warga SKTB. Insya'Allah.

2 comments:

Anuar Puteh Harun said...

Cikgu Nuar,nampak dah kenyang je.... Banyak makan angin kut... angin laut pun sungguh menyelerakan..

GPI SKTB said...

cikgu nuar mmg dh kenyang sngt tuh...naseb baik angin kus- kus xdtg...haha

SAHABAT