IPOH 29 Jan. — Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Selasa depan sebagai cuti umum (3 FEBRUARI 2009) sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata cuti ini juga bagi membolehkan rakyat Perak dan seluruh negara merayakan serta meraikan sambutan hari bersejarah yang menandakan genapnya 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah.
“Rakyat boleh menggunakan peluang ini untuk menyaksikan penganugerahan Darjah Dato’ Seri Azlanii (DSA) yang dikeluarkan kepada 25 individu yang telah banyak berjasa dan memberikan khidmat setia kepada baginda,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
No comments:
Post a Comment